CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3381|Reply: 24

[Tempatan] Homestay tempat generasi sekarang buat maksiat

[Copy link]
Post time 16-11-2018 11:44 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Setelah berdepan pengalaman tidak disangka-sangka, pemilik sebuah homestay di Melaka berjanji akan lebih berhati-hati untuk menyewakan penginapan kepada pelanggan yang bukan mahram.

Fareez Sarifuddin, 31, yang membuka sebuah homestay berdekatan dengan bandar Melaka dua tahun lalu berkata, sepanjang tempoh itu dia sering berdepan pelbagai karenah pelanggan, tetapi semuanya dianggap cabaran dan diambil sebagai pengajaran dalam mengendalikan perniagaan ini.

Menurut Fareez, walaupun dia sering mengutamakan kehendak penyewa, tetapi itu bukan bermakna mereka boleh datang ke homestaynya untuk melakukan maksiat.

Fareez, beberapa hari lalu memuat naik gambar penemuan kotak kondom ketika ingin membersihkan salah sebuah unit sewaannya.

.

"Seperti biasanya selepas pelanggan 'check out' saya akan terus masuk ke apartment dan membuang sampah. Itu perkara pertama yang saya akan lakukan. Biasanya sampah-sampah memang sudah diletak dalam tong sampah yang disediakan, tetapi kali ini saya agak terkejut menemui kotak kondom.

"Ia mengejutkan saya sebab saya tahu siapa yang 'check-in' homestay ini. Saya yakin mereka pelajar (dua lelaki dan dua perempuan). Saya hanya berfikiran baik-baik sahaja bahawa mereka datang ke Melaka dan homestay saya menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Menurut Fareez, selepas selesai mengemas sampah sarap, dia memeriksa kesemua tiga bilik yang terdapat di unit sewaannya itu.

"Sekali lagi terkejut kerana katil di bilik nombor 3 hilang. Pelik, biasanya hilang tilam sahaja. Rupa-rupakan katil itu diangkat ke bilik nombor 2. Saya hanya menggelengkan kepala kerana ia pertama kali berlaku sepanjang menawarkan perkhidmatan ini.

"Saya memuat naik gambar kotak kondom dan bilik itu di laman sosial dan ramai yang memberi respon baik dan ada juga mengecam tindakan saya," katanya mengenai reaksi netizen terhadap postingnya yang tular itu.

Dia juga menafikan berniat untuk memalukan pelanggan dengan mencerikan kisah tersebut di media sosial, sebaliknya ia hanya satu perkongsian pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua.

"Ingin saya jelaskan, kedua-dua gambar itu bukan membuka aib sesiapa. Saya tidak langsung menyebut apa-apa yang peribadi berkaitan pelanggan saya.

"Saya mengambil semua komen-komen itu sebagai pengajaran dan peringatan. Yang positif saya akan gunakan untuk memastikan perkhidmatan homestay saya ini semakin baik.

"Ada juga yang memberi nasihat dan cadangan dalam menangani kegiatan seks di kalangan bukan mahram di homestay. Saya bukan hanya mengejar untung sahaja, tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu elak, kena elak," jelasnya yang turut memberitahu homestay juga terbuka kepada pelancong luar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 12:02 AM | Show all posts
generasi snowflakes, generasi pussy, generasi kiss ass, generasi pembela lgbt, generasi sotong menyotong...wakakakkakakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kondom mencegah buang2 bayi
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 12:38 AM | Show all posts
yg beromen nih takda rasa paranoid ka kalau2 tuan rumah homestay pasang hidden camera. tengok2 bideo ko tengah pegging bf masuk porn sites
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 01:51 AM | Show all posts
rajin pula la nak angkut2 katil
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Eleh eleh
Buat homestay pstu sibuk plak nk fikir2 apa aktiviti customer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2018 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
konon sangat bersangka baik bagai..
pastu membawang kat tenet..
padahal dia pun sama tamak duit..
kalau betul nak mencegah, tak yah sewakan dari awal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya dea foursome ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin pulak selongkar tong sampah. BTW dah viral ni mesti masyuuukkk kan bisnes KO.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut ambil sekali gambar tengah pegang kondom basah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu utama bukan masalah penyewa buat maksiat..
Isu paling utama.pemilik homestay hodoh/baghal nak mampus pi husnozon aja bagi pasangan tu masuk
Aku pernah sewa juga homestay ngn pemilik China tanah besar.dia siap tanya nak buat apa dulu.kalu wat maksiat dia tidak bagi.

Ini ko yg muslim.pi jadi bengap ,buka pntu maksiat tu .pehal?

Besok2 bini ko masuk homestay tu ngn jantan lain ko berhusnozon ajala yea..pastu amikla gmba tong sampah' check ada kondom lagi tak

Bodoh punya owner
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu owner homestay tu dari awal tahu penyewa tu 2 lelaki n 2 pompuan..patut awal2 lagi la mintak sijil nikah ke ape ke..takpun awal2 lagi kena bgtau disewakan utk pasangan yg sah shj..kan bleh cegah maksiat tu dari awal lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh biar je laki pompuan sewa homestay dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 07:54 AM | Show all posts
bende sedap

port mesti baekk punye
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 17-11-2018 06:40 AM
Isu utama bukan masalah penyewa buat maksiat..
Isu paling utama.pemilik homestay hodoh/baghal nak m ...

Betul sbb dari awal customer tue dah 'jujur' bgtau berapa org dtg... Bole jer buat xtra cek tnya status suma tp malas..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 02:57 PM | Show all posts
tu yang reti pakai kondom.

patut bimbang berapa ramai lagi yang having unprotected sex, STD, buang bayi etc. atas motor pun jadi.

kalau nak bisnes homestay buat cara nak bisnes. Bukan tak boleh nak merangkap pencegah maksiat, beritahu awal2 dalam iklan. Dorang pun boleh bawa kondom tu cari tempat lain.

dan ko pun selamat lah dari dosa membawang dalam internet. Simple kan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salah nye diorg nak sex kat ko punya homestay????

Akak tak faham?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 04:13 PM | Show all posts
habislah penyewa dihencap tujuh keturunan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 04:20 PM | Show all posts
makin kelaut akhlak2 anak2 PH ni, semua dah halal pada dorang.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2018 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
awat hang bg sewa bukan muhrim satu umah..lenkali tapis betul betul..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.072256 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list