SERI KEMBANGAN: Seorang maut, manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan merempuh sebuah restoran di Jalan Equine 9B, Taman Equine, dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 8.16 malam.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang seramai lapan anggota bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat. Kejadian membabitkan sebuah kenderaan Toyota Hilux terbabas dan melanggar lima orang awam di restoran.
“Mangsa adalah empat warga tempatan dan seorang warga Vietnam. Pegawai perubatan mengesahkan seorang wanita meninggal dunia, manakala empat lagi cedera,” katanya ketika dihubungi.
Post time 19-11-2018 01:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg tiap2 malam penuh meja kat situ. Kalau ko lambat klua, mmg habisla kena kepung. As if tapak tu mmg dia yg punya. Memang waiting for accident to happen pun. Anyhow, takziahlah yg terkorban. Never agreed with kedai makan yg suka hog parking space/ kaki lima utk setup meja.
Post time 19-11-2018 05:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Parking adalah kawasan letak lenderaan, bukan tempat makan. So takleh nak tuntut apa2 lah kan kalau begini? Memang banyak peniaga makanan yang suka bikin jalan macam ayah mereka punya tapak, bila barang kena angkut, dikatanya penguatkuasa dengki dan kejam.
Di mana2 kat Malaysia skg hampir 75% yg aku nampak, gerai2 makan (malam khususnya) memang gunakan tempat letak kenderaan sebagai tempat letak meja makan. Setakat ni Restoran seafood yg aku pergi sekitar Johor pun hampir semua letak meja makan kat luar, kalau kat KL/Selangor lagi la.......