Kredit foto: IG Zizi Kirana
"Saya tidak peduli dan tidak pasti apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan dengan melabel saya sedemikian rupa. Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini."
Penyanyi yang popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak, Lepak Mamak, Zizi Kirana berkata dia tidak berkecil hati dengan dakwaan orang ramai yang melabel dirinya umpama bintang porno kerana sering tampil seksi di media sosial.
Memetik Harian Metro, Zizi, 33, tidak kisah dengan komen negatif orang ramai kerana menurutnya, mereka tidak mengenali dirinya dengan rapat.
"Apabila mereka melihat dari sudut negatif, memang negatiflah jadinya. Suka hatilah mereka dengan tafsiran imaginasi sendiri melihat foto-foto itu," ujarnya.
Menurut penyanyi itu, dia tidak akan menutup ruangan komen laman sosialnya, sekali gus menunjukkan segala kritikan negatif dan kecaman yang membanjiri ruangan komennya tidak memberi kesan padanya.
"Tidak terfikir langsung sampai nak tutup ruangan komen walaupun saya banyak mendapat komen negatif. Biarlah mereka sesuka hati meninggalkan apa saja komen.
"Kalau saya tutup pun, mesti ada yang akan tetap cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen-komen sebegitu memang akan merebak ke mana-mana," katanya.
Dalam masa sama, Zizi turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penampilannya yang semakin seksi adalah gimik untuk sebarang projek akan datang.
"Bukan gimik pun. Tiada kaitan dengan lagu akan datang disebabkan saya pun baru lancarkan single baru," katanya.
Tidak dinafikan, netizen seharusnya dipuji kerana sering mengambil berat dan menasihati golongan selebriti terutama isu berpakaian.
Namun, netizen juga harus diingatkan supaya berhemah ketika memberi komen agar tidak keterlaluan hingga mengaibkan mana-mana pihak. - CARI
|