"Kalau puan yakin produk puan baik, baguslah. Berani kerana benar, takut kerana salah."
Itulah kata-kata Dr.Amalina kepada Datin Nur Shahida bagi menjawab tuduhan beliau mengkritik produk berasaskan herba. Doktor pakar bedah yang berkhidmat di London ini menulisnya di laman media sosial dengan menyatakan penjelasannya adalah atas kapasiti doktor dan bukannya serangan peribadi.
Malahan Dr.Amalina juga tidak pernah mengecam mana-mana syarikat kosmetik melainkan hanya memberitahu mengenai bahaya jika mengambil produk herba yang tidak terbukti melalui kajian klinikal.
Itu adalah rentetan daripada komen Shahida yang bersetuju bahawa Dr.Amalina bijak tetapi mengkritik produk yang mengandungi herba, sedangkan itulah yang selama ini menyembuhkan ramai orang.
Kredit foto: Twitter
IG
Menerusi tulisannya, Dr.Amalina menjelaskan yang beliau tidak pernah menamakan mana-mana produk kerana tidak mengetahuinya secara jelas. Jawapannya sekadar mahu menjawab pertanyaan netizen sekaligus menyedarkan rakyat Malaysia tentang bahaya mengamalkan produk herba hingga mengakibatkan penyakit berbahaya lain. Namun mungkin ia disalah tafsir oleh Shahida yang menyangka sebaliknya.
Selain Dr.Amalina, beberapa doktor lain turut mempertahankan kenyataan tersebut. Antaranya ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr.Khairul Hafidz berkata mereka selaku pengamal perubatan moden tidak pernah merendah-rendahkan khasiat herba, namun meminta pengamal herba menghabiskan kajian mereka terlebih dahulu sebelum memasarkannya kepada umum.
Carian Internet
Ramai netizen turut bersetuju dengan Dr.Amalina dan Dr.Khairul Hafidz bahawa jamu atau produk berasaskan herba tidak terbukti menyembuhkan penyakit seperti yang dinyatakan. Lebih malang apabila ada mereka yang mengamalkannya mendapat penyakit berbahaya lain pula.
IG
Dr.Amalina juga mendoakan Shahida dimurahkan rezeki serta semoga selamat menjalani ibadah umrah.
Agak sukar juga buat rakyat Malaysia membuat pilihan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden. Ini kerana bagi sesetengah orang, mengamalkan produk yang berasaskan herba adalah untuk mengelakkan pengaruh bahan kimia di dalam badan. Namun mengikut pengamal perubatan moden pula, ia adalah dengan sukatan yang dibenarkan. Apa pula pendapat anda? - CARI
|