Konsert Gegar Vaganza musim Kelima, GV5 telah pun menutup tirainya semalam dengan penyanyi Noryn Aziz menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dalam pertandingan nyanyian anjuran Astro itu.
Bagaimanapun, bekas juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin sempat memuat naik status di akaun Instagramnya dan berharap agar pemenang GV5 tidak menerima nasib yang sama seperti yang dialami olehnya sebelum ini.
"Kenangan biarlah tinggal kenangan," tulis Aishah memulakan bicara.
Foto: Instagram Aishah
Aishah yang sebelum ini tidak berpuas hati apabila hadiah yang diberikan kepadanya sebelum ini merupakan barangan tiruan, berharap agar kejadian yang sama tidak akan berulang kepada rakan seperjuangannya yang memenangi GV5.
"Harap-harap kalian semua tidak akan bermasalah untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan," tulis Aishah sambil meminta agar semua tidak mengecam dia kerana tanpa dia dan penyanyi vateren yang dilabel sebagai 'artis sendu' itu, program tersebut tidak akan berjalan seperti yang dimahukan.
Foto: Instagram Aishah
Aishah turut memberikan penjelasan mengenai status hadiah yang dijanjikan kerana ramai yang bertanya mengenainya.
Biar mahkamah yang tentukan..
Foto: Instagram Aishah
Aishah turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.
Foto: Instagram Aishah
Dalam pada itu, rata-rata ramai yang memberikan sokongan kepada Aishah untuk mempertahankan haknya.
Foto: Instagram Aishah
Apa pun semoga Aishah berjaya mendapatkan haknya seperti yang telah dijanjikan. Sudah berjanji kenalah tunaikan, betul tak? -CARI |