View: 1879|Reply: 10
|
[Tempatan]
CASH! Lebih 80 Ribu Tandatangan Petisyen Desak Kerajaan Pecat P. Waytha Moorthy
[Copy link]
|
|
Ketika ini anda sudahpun sedia maklum dengan penularan satu klip video melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkait kenyataan yang dibuat beliau suatu ketika dahulu.
Kenyataan beliau yang menyebut bahawa terdapat penindasan terhadap kaum-kaum tertentu yang berlaku di Malaysia telah menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana didakwa telah memburukkan imej negara dan menimbulkan salah faham masyarakat dunia dengan kenyataan yang dibuatnya ketika disoal oleh wartawan asing.
Susulan itu, Gerakkan Pengundi Sedar (GPS) telah melancarkan satu petisyen atas talian menggunakan platform Change.org untuk mendesak kerajaan melucutkan jawatan yang dipegang oleh Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial serta Senator Dewan Negara.
Sehingga kini, petisyen berkenaan yang menyasarkan 150 ribu tanda tangan sudah pun berjaya memperoleh sebanyak 81,038 tandatangan (setakat 10.33 pagi). GPS turut menyenaraikan beberapa alasan dan kenyataan yang dibuat oleh Waytha Moorthy sebelum ini.
Antaranya adalah, beliau telah memburukkan imej negara dengan menyebarkan fitnah kononnya penganut agama Hindu perlu menukar agama kepada Islam sekiranya mahu menjawat jawatan di sektor awam selain mendakwa bahawa rumah-rumah ibadah penganut agama Hindu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, GPS melancarkan petisyen berkenaan juga kerana mendakwa Waytha Moorthy berkeras mahu meratifikasikan ICERD, atas kapasitinya sebagai Menteri Perpaduan biarpun ditentang keras oleh majoriti penduduk Bumiputera.
GPS juga mendakwa Waytha Moorthy gagal dalam mengawal ketegangan kaum yang kian memuncak ketika ini biarpun sudah diberi mandat oleh kerajaan untuk berbuat demikian.
Waytha Moorthy yang pernah terlibat secara aktif dalam pergerakkan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) atau Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu membuat kenyataan berkenaan atas kapasitinya sebagai ahli pergerakkan tersebut kira-kira 10 tahun lalu ketika ditemu ramah oleh DutchTV.
Sumber : Change.org |
|
|
|
|
|
|
|
Lemah lembut org melayu cam Ni punya provocative orng melayu sign petition jer, hrpnya perkara cam Ni berlaku di Pakistan ker Afghanistan ker hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat Pakistan atau India dah lama dia ni kena pancung
|
|
|
|
|
|
|
|
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?Mengapa Orang Melayu Membantah ICERD?
1. Saya telah menulis tentang ketuanan Melayu pada tahun 2013 dan diterbitkan dalam berita harian, saya nyatakan bahawa istilah ketuanan Melayu bukanlah suatu bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum lain kerana ia tidak bermaksud memperhambakan mana-mana kaum, dan kerana penindasan dan penghambaan mana-mana kaum tidak pernah berlakupun dalam sejarah Malaysia. Ia hanya bermaksud orang Melayu sebagai tuan rumah yang semestinya mempunyai hak istimewa yang perlu dipelihara. makalah tersebut boleh diakses di blog saya...https://khalifmuammar.wordpress.com/…/ketuanan-melayu-dan…/…
2. Mustafa Akyol, seorang penulis yang berasal dari Turki, dilaporkan oleh FMT telah mengkritik umat Islam dan orang Melayu yang menolak ratifikasi ICERD sebagai dianggap telah mendiskriminasikan orang bukan Islam di negara ini. Beliau memberi hujah bahawa di zaman Turki Usmani pun orang bukan Islam mempunyai hak sama rata. Pertama sekali dalam kutipan yang disebut oleh Akyol tersebut tidak disebutkan tentang konsep equality yang difahami di Barat pada hari ini, ia hanya menyebut kesaksamaan di hadapan undang-undang (equality before the law) dan prinsip ini sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketuanan Melayu mahupun penolakan terhadap ICERD. Ada atau tiada ketuanan Melayu, ada atau tiada ICERD, setiap individu di negara ini perlu diperlakukan secara adil dan saksama di hadapan undang-undang, itu termaktub dalam perlembagaan. Kedua, Akyol, yang bukan seorang sarjana (scholar) melainkan seorang penulis biasa, apalagi untuk dirujuk sebagai sarjana yang berautoriti untuk bercakap tentang Islam (di sini tampak wartawan telah bias), tidak dapat membezakan antara konsep keadilan dan kesamarataan (equality). Sama juga dengan YB Khalid Samad yang menuduh orang yang menolak ICERD sebagai pro penindasan dan diskriminasi terhadap orang bukan Islam atau bukan Melayu/ bumiputera.
3. ICERD hanya menjamin kesamarataan dan tidak menjamin keadilan. Kesamarataan tidak sama dengan keadilan, malah kesamarataan boleh membawa kepada ketidakadilan. Dengan kesamarataan keistimewaan orang Melayu akan hilang, kedudukan Islam yang luhur dalam perlembagaan akan terhapus, atau hanya tinggal nama. Semua agama akan disamaratakan, semua kaum akan dilihat secara sama rata, yang sudah tentu akan merugikan orang Melayu. Orang Melayu tidak sama dengan orang Cina dan India, dari segi kepemilikan terhadap tanah air. Islam juga tidak sama dengan agama lain, kerana Islam telah menjadi agama negara (kerajaan Melayu) sejak seribu tahun yang lalu di Kepulauan alam Melayu ini. Raja-raja Melayu dan undang-undang Islam telah berdaulat dari seribu tahun yang lalu sehingga ke hari ini. Menghapuskan perkara ini akan menjadi ketidakadilan kepada orang Islam dan Melayu.
4. Keadilan mengiktiraf perbezaan, sedangkan kesamarataan menyamarakan orang yang berbeza. Pemerintah yang adil akan memberi perhatian yang lebih kepada rakyat yang miskin dan lemah berbanding rakyat yang kaya dan kuat. Ibu bapa yang adil akan memberi perhatian yang lebih kepada anak yang lemah dan kurang serba serbinya, bukan kerana mereka pilih kasih, tetapi kerana itu yang perlu dilakukan untuk memastikan semua pihak berjaya, dan kepentingan setiap pihak terpelihara. Apabila Ibu bapa menyamaratakan semua anak, maka ia telah berlaku zalim kepada anak yang memerlukan perhatian lebih dan Ibu bapa dianggap telah meminggirkan anaknya sendiri. Perbezaan yang diberikan itu bukan diskriminasi dan penindasan, kerana ia adalah perbezaan yang sah dan semestinya diakui oleh semua pihak. Hanya orang yang rakus dan tidak bertimbang rasa yang akan menafikannya. Keistimewaan orang Melayu diberikan untuk melindungi orang Melayu daripada menjadi terpinggir di tanah air sendiri. Jika dengan affirmative action ini pun orang Melayu masih terkebelakang, maka sudah tentu tanpa affirmative action orang Melayu sudah lama menjadi hamba kepada bangsa lain.
https://www.facebook.com/drkhalif/posts/2182062431813681?__tn
|
|
|
|
|
|
|
|
ni pukul 3 tadi, sekarang dah 120000 tandatangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong buang paria ni. ayah cakap tegas ni kau jangan ingat ayah main-main
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah sign.
Sebab sebagai menteri perpaduan. Kenyataan dia xsepatutnya memarakkan kemarahan ... dan lebih bijak dalam memilih kata2 dan mengawal emosi ... dia sepatutnya jadi jembatan .. bukan burn the bridge ... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dah sign jgk. Sebenarnya dia ni bias. Bias kat kaum sendiri. Mana boleh jd menteri perpaduan kalau bias |
|
|
|
|
|
|
|
Takde maknanya si keling ni nak letak jawatan.dah bertahun2 dia mimpikan nak jadi menteri utk protect kaum dia.lgpun keling kalau ada kuasa dia x akan sewenang-wenangnya let go mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Takde maknanya si keling ni nak letak jawatan.dah bertahun2 dia mimpikan nak jadi menteri utk protect kaum dia.lgpun keling kalau ada kuasa dia x akan sewenang-wenangnya let go mcm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jadi petisyen ni nmpk sejuk senyap sekarang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|