Payung merupakan alat yang kita gunakan untuk melindungi diri daripada basah terkena hujan. Ada juga sebahagian daripada kita yang menggunakan payung untuk melindungi diri daripada pancaran mentari terik.
Jom, kali ini kita lihat payung-payung dari seluruh dunia yang unik dari segi reka bentuk dan fungsinya!
1. PAYUNG CERMIN MATA ( GOGGLES )
kredit foto : boredpanda.com
Wah, memang senang kalau menggunakan payung ini. Pengguna tidak lagi risau tidak nampak jalan di hadapan. Boleh lihat terus dari bawah payung!
2. Payung Kembar (Dualbrella)
kredit foto : boredpanda.com
3. Payung Helmet
kredit foto : boredpanda.com
Kreatif betul yang reka bentuk payung begini. Rasa selamat sebab rambut atau tudung tidak akan basah!
4. Payung Baju Hujan
kredit foto : boredpanda.com
Macam bentuk tudung pula ya. Memang sangat praktikal!
5. Payung Beg Galas
kredit foto : boredpanda.com
Hanya galas sahaja, dah siap ada payung sekali. Senang! Mudah bagi mereka yang selalu ke pasar jika musim hujan.
6. Dogbrella
kredit foto : boredpanda.com
Okey, yang ini payung khas untuk anjing. Comel kan? Memang pencinta haiwan akan mendapatkannya!
7. Payung Lutsinar Seluruh Badan
kredit foto : boredpanda.com
Yang ini tidak perlu cakap apa, memang selamat satu tubuh kalau menggunakannya ketika hujan!
8. Payung Topi
kredit foto : list25.com
Tidak perlu dipegang pun payung ini. Kelakar, tapi kreatif! Apapun, payung sebegini sudah lama berada di pasaran Malaysia lama rasanya, kan?
9. Payung Renda
kredit foto : list25.com
Selalunya, payung untuk melindungi diri dari air hujan, bukan? Tapi, jenis yang ini tidak boleh kena hujan. Nanti basah! Ini kerana ia diperbuat daripada kain renda.
Sesuailah untuk yang acah-acah puteri lilin tidak boleh kena panas tu!
Ha, yang mana paling praktikal menurut anda? - CARI |