CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2073|Reply: 8

Sumbat Mulut Bayi Dengan Tisu, Campak Dalam Tong Sampah

[Copy link]
Post time 22-11-2018 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pembersih jalanan yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan terkejut apabila mendengar tangisan seorang bayi dari dalam tong sampah.


Kejadian yang berlaku di daerah Baoan Wilayah Guangdong itu menyaksikan bayi yang cukup sifat dibalut dalam beg plastik berwarna hitam.


Shenzhen Special Zone Daily melaporkan, mulut bayi berkenaan disumbat dengan tisu bagi mengelakkan tangisannya didengari.


Foto: scmp.com


Bagaiamanapun, selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ibu bayi berkenaan yang juga merupakan seorang remaja berusia 17 tahun berjaya ditahan pihak berkuasa.


Pekerja pembersihan yang menemuinya segera meminta bantuan kecemasan sebelum pasukan perubatan tiba di lokasi dan mengesahkan bayi tersebut dalam keadaan sihat.


Difahamkan remaja berkenaan melahirkan bayi tersebut di bilik asrama sebuah kilang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.


Menurut pengawal keselamatan kilang berkenaan, remaja itu baru sahaja mula bekerja enam hari di situ. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Vavi nye. Biarla tangisan didengari. Br la ada org slamatkan. Ce sumbat mlut mak dgn bapak bdk ni skali. Br ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat malaysia terus cop melayu yg buang
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:33 AM | Show all posts
aHoi83 replied at 22-11-2018 11:25 AM
Kalo kat malaysia terus cop melayu yg buang

aku rasa perkara ni bese sbab melayu ni kaum terbesar kat malaysia..sama cam kat PRC sana sah2 cina sana yg slalu buat masalah..org takkan cakap ni mesti india kat PRC sbab dorang bukan kaum terbesar kat PRC..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
tak nak orang dengar supaya baby tu mati ke? kejinya ko seksa baby macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 12:13 PM | Show all posts
buang baby satu hal dah pergi sumbat tisu pulak, kejam lahai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Main sedap, tapi nak bertanggung jawab memang susah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 02:48 PM | Show all posts
alahai kesiannya baby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2018 03:02 PM | Show all posts
Lenkali pakai la kondom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.188586 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list