Apa nak jadi dah dengan orang sekarang? Beronani ditempat terbuka dan seakan sengaja menayangkan anunya agar dilihat oleh orang ramai sudah menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Kerana nafsu yang tidak terkawal dan hilangnya perasaan malu dalam diri, mereka sanggup melakukan perkara aib dan terkutuk di mana-mana sahaja.
Kredit foto: @Rohimiazmn
Hal sebegini menimbulkan rasa takut dan fobia dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita. Mereka sering terasa terancam dengan kelakuan tidak bermoral oleh penggila seks yang sudah semakin berani menunjukkan alat sulit mereka dan beronani di tempat terbuka.
Seorang pengguna twitter ini berjaya merakam video seorang lelaki yang sedang melakukan onani di dalam kereta dan dengan sengaja membuka pintu keretanya agar dilihat oleh orang yang lalu lalang di kawasan berdekatan SMK Danau Kota, Setapak. Dia juga berpesan agar pelajar-pelajar perempuan yang melalui kawasan itu lebih berhati-hati.
Kaum lelaki terpalit rasa malu
Netizen lelaki sendiri memberi komen menyatakan perasaan malu mereka dengan perangai tidak senonoh kaum sejenisnya. Masing-masing mengutuk kebodohan lelaki tersebut yang tidak segan silu melancap ditempat terbuka.
Netizen wanita diganggu orang gila seks
Kaum wanita lagilah. Mestilah mereka berasa seram dan geli dengan orang yang gila seks sebegitu. Mereka turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah diganggu oleh orang gila seks yang sentiasa ada di mana-mana. Yang pasti, lelaki yang gila seks memang sengaja mencari peluang untuk menunjukkan alat sulit mereka bagi memuaskan nafsu.
Lempar mercun masa tengah beronani
Ada netizen yang geram dengan kelakuan tidak bermoral itu dan mencadangkan agar disimbah serbuk cili atau dilemparkan mercun ketika lelaki tersebut sedang asyik beronani. Orang sebegitu tidak boleh dibiarkan tanpa mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak, lagilah mereka berani mengulangi lagi.
Lapor saja pada polis
Sebaiknya, lapor saja perkara itu kepada pihak polis. Lebih-lebih lagi sudah mengetahui nombor plat kenderaannya dan ia akan memudahkan lagi urusan. Hal sebegini tidak boleh diambil ringan kerana risau akan berlaku kes rogol dan sebagainya sekiranya lelaki gila seks itu bertindak diluar kawalan.
Buat para wanita, sentiasa berhati-hati apabila berada di luar rumah dan ditempat awam. Jika kalian mahir dalam seni mempertahankan diri, itu lebih baik. Paling tidak, sediakan pepper spray di dalam beg tangan dan sentiasa dibawa kemana sahaja. - CARI |