CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20755|Reply: 53

Dinding Rumah Berkulat, Paip dari rumah atas bocor

[Copy link]
Post time 26-11-2018 02:56 PM | Show all posts |Read mode
hai korang..

hani ada masalah dinding dalam bilik hani berkulat-kulat..nak tido sekarang kat dalam bilik tu memang tak kondusif..sebab kulat dah merebak2..
punca nye air dari orang atas..
kami tak pasti sama ada paip orang atas bocor atau pun maintenance problem. dekat tingkap bilik hani ada beranda..kat situ air bertakung...
hani start perasan masa bulan 10...masa tu kl asyik hujan je...
hani igtkan sebab hujan air bertakung jadi byk nyamuk..tapi masalahnye air tu tak nak kering2...

mak and ayah hani dah buat laporan ke pejabat pengurusan apartment. tapi dia bagi alasan owner rumah tak nak jawab
kami try juga bincang dengan owner rumah sebelum ke pejabat pengurusan, tapi dia kata dia takde duit nak betulkan paip tu. kami offer untuk bayar kerosakan sebab dia dah tak de duit. juga masih tak dilayan...

then mak ayah hani pegi ke dbkl untuk buat laporan, dbkl hanya bagi surat peringatan dan dalam surat tu hanya bitau yang kami boleh ambik tindakan ke tribunal dan prosiding mahkamah..
cume masalah skang ni, orang dbkl takde bitau step ape seterusnya boleh dibuat untuk ambik tindakan..

mak hani dah menangis2 tgk hani tido dalam keadaan bilik yang berkulat2 bau sistem pembentungan tu...hani pening skang nih...tak tau nak start buat aduan kat mana..bila tgk tribunal dekat kpkt punya web..borang mana satu nak ambik pun tatau..

jadinye..kalau korang yang tau tu...hani minta jasa baik...bitau kat hani step2 yang hani boleh buat..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2018 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts

Ni tak nampak sgt sebab ade yg hani da lap. And kulat tu da ade kat tempat lain plak.. Now air meleleh dr atas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:14 PM | Show all posts
cuba sembur guna WD 40 dulu.. sementara nak tunggu baiki tu lambat lagi rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:47 PM | Show all posts
ni yg sakit bila duduk apartment. rumah atas bocor... dia tak affected.. kita yg suffer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:54 PM | Show all posts
ok, senang ajer step dia....

1. buat surat kat pengurusan flat, cc kat dbkl. bila dapat surat dari dbkl ke atas owner atas tu, bg dan bawak bincang dgn owner atas mcm mana nak betulkan...

2. kalau owner tu taknak, blh bawak ke tribunal dan blh sue owner atas.

3. kalau nak buat segala kerosakan atas diri sendiri, bawak surat dbkl, surat kepada pengurusan and buat 1 lagi surat kepada polis kawasan kata nak pecahkan rumah utk baiki kerosakan yg akan melibatkan 2 buah rumah dan minta owner yg terlibat memberi kerjasama. juga letak kat situ, kalau owner masih taknak bagi kerjasama, minta waran kerja ke atas premis owner tersebut.

semoga berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 04:05 PM | Show all posts
lil_honey replied at 26-11-2018 03:04 PM
Ni tak nampak sgt sebab ade yg hani da lap. And kulat tu da ade kat tempat lain plak.. N ...

ngeri nya tgk. i baru nak tny mcmana kulat tu, nasib baik dah ada gambar. kesiannya u. I xde suggestion, sbb ada forumer dah bg suggestion dah. tapi i nak doakan semoga dipermudahkan segala urusan u berkenaan hal ni. Aminn..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2018 04:22 PM | Show all posts
leylapple replied at 26-11-2018 03:54 PM
ok, senang ajer step dia....

1. buat surat kat pengurusan flat, cc kat dbkl. bila dapat surat dar ...

ke tribunal tu ke kpkt la kan? kene tya pada kpkt dulu ke atau boleh buat surat ke tribunal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:23 PM | Show all posts
mystica replied at 26-11-2018 03:47 PM
ni yg sakit bila duduk apartment. rumah atas bocor... dia tak affected.. kita yg suffer..

tu la...bilik iols bau macam tempat pembentungan..busuk dan kepam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2018 04:24 PM | Show all posts
botol_tritan replied at 26-11-2018 04:05 PM
ngeri nya tgk. i baru nak tny mcmana kulat tu, nasib baik dah ada gambar. kesiannya u. I xde sugge ...

terima kasih atas doa you...amin..amin..amin.. bila mak iols dah nangis tu, tu yang iols jd pening kepala..iols yang duk dlam bilik tu..dia plak yang nangis..
ni baru sikit, iols tangkap ni masa tak merebak lagi..now air dari atas dah meleleh jatuh ke bawah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2018 04:25 PM | Show all posts
dubuk replied at 26-11-2018 03:14 PM
cuba sembur guna WD 40 dulu.. sementara nak tunggu baiki tu lambat lagi rasanya..

spray tu tuk ape sebenarnye..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 04:45 PM | Show all posts
leylapple replied at 26-11-2018 03:54 PM
ok, senang ajer step dia....

1. buat surat kat pengurusan flat, cc kat dbkl. bila dapat surat dar ...

kalau apartment yang bukan under dbkl/gomen macam mana?
lagi pulak kalau apartment dah lepas warranty..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:01 PM | Show all posts
adoiii. nnt lama2 kulit alegik naik gatal2. bahaya kulat dinding nih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:03 PM | Show all posts
BAHAYA BLACK MOLD
Black mold juga disebut kulat beracun kerana kesannya terhadap makhluk hidup.Ia merupakan sejenis tumbuhan parasit, yang boleh tumbuh di rumah, sekolah dan premis perniagaan dan boleh mendatangkan pelbagai jenis bahaya.Racun (mikotoksin) yang dikeluarkan oleh kulat beracun ini boleh menjejaskan kesihatan bahkan mampu membunuh setiap orang dan haiwan yang terdedah kepadanya.Black mold juga boleh merosakkan permukaan dalam rumah dan pencemaran akibat mold ini boleh membuatkan rumah tidak selamat untuk didiami. Spora yang terhasil daripada black mold ini boleh merebak melalui sistem penghawa dingin, sistem HVAC atau saluran perpaipan.


Risiko Kepada Sistem Pernafasan.
Toksik yang dihasilkan oleh black mold boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui sentuhan ataupun dengan menghirup spora yang telah dikeluarkannya. Apabila spora ini berada di sistem pernafasan, ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah pernafasan, termasuk gejala dingin dan flu seperti, sakit tekak, hidung tersumbat, titis hidung dan gejala asma. Gejala paling berbahaya untuk risiko pernafasan akibat back mold ini adalah aspergillus, yang dapat membentuk "bola kulat" yang hidup di dalam paru-paru dan melepaskan karsinogen (agen penyebab kanser) yang boleh mengakibatkan kematian.


Risiko Kepada Sistem Saraf
Black mold juga boleh menyebabkan kesakitan pada sistem saraf pusat seperti kemelesetan, sakit kulit, sakit kepala, dan kelelahan. Pesakit yang menghidapi simptom ini seringkali tidak menyedari akan kehadiran mold dalam badan mereka sehingga mereka melihat gejala yang berubah secara dramatik ketika mereka berada dalam persekitaran yang berbeza. Contohnya seperti keletihan kronik ketika melakukan kerja-kerja pembersihkan ketika bercuti, atau sakit kepala yang hanya terjadi di tempat kerja yang tercemar dengan mold dan hilang apabila pekerja pulang ke rumah.Stachybotrys yang terdapat pada mold, boleh menyebabkan gejala neurologi yang serius. Mikotoksin yang dihasilkan dari Stachybotrys telah dipertimbangkan untuk digunakan sebagai agen senjata kimia.


Pertimbangan
Kesan yang terhasil akibat kulat beracun ini adalah bersifat kumulatif dan boleh menjadi lebih serius dari masa ke masa. Penyakit yang diakibatkan oleh mold ini seringkali dapat dirawat tetapi lebih kerap tersalah didiagnosis, ini kerana penyakit yang diakibatkan mold ini boleh muncul menjadi jangkitan bakteria atau virus.Jika anda percaya anda sedang menderita penyakit yang berkaitan dengan black mold ini, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor anda. Jika anda sedang tinggal, bekerja atau pergi ke sekolah yang sedang tercemar dengan black mold ini, anda perlulah meminta supaya pemeriksaan mold secara profesional dilakukan oleh pegawai kesihatan kerajaan tempatan atau syarikat pemeriksaan swasta.Pemilik Bangunan adalah bertanggungjawab di sisi undang-undang untuk menghilangkan zat beracun dari bangunan mereka. Batasi risiko kesihatan anda dengan meninggalkan setiap bangunan yang mungkin tercemar serta berhati-hati supaya tidak membawa perabot atau barang-barang lain yang tercemar kepada mold dengan anda. Pakailah perlindungan pernafasan jika anda tahu anda akan bekerja di kawasan tercemar dengan mold ini demi keselamatan anda.

Reference : https://amanarab.blogspot.com/20 ... inding-bernama.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 05:30 PM | Show all posts
lil_honey replied at 26-11-2018 04:23 PM
tu la...bilik iols bau macam tempat pembentungan..busuk dan kepam...

sian you.. elok cepat2 bawa keluar semua barang n jgn tdo bilik tu dah selagi tak baiki.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 08:55 AM | Show all posts
lil_honey replied at 26-11-2018 04:22 PM
ke tribunal tu ke kpkt la kan? kene tya pada kpkt dulu ke atau boleh buat surat ke tribunal?

kpkt lambat...

masa buat surat ke council which is skrg kat area u adalah dbkl, bila dapat reply mcm mana nak solve, i.e pecahkan dinding owner atas ker, atau atur pipe owner atas ker..u serve that letter to owner atas... kalau owner taknak bayar or tak nak bagi kerjasama, then u forward ke polis kawasan dgn tribunal. kepada polis kalau2 owner atas kata u nak ceroboh rumah dia dan satu lagi u nak minta consent utk enter the premise kalau owner tak bagi masuk. tapi kes  nie sangat2 jarang berlaku..unless owner tu jenis ketegaq.

tribunal tu kalau u nak sue owner atas tu atas kerosakan yang dilakukan oleh dia..dan nak mintak ganti rugi....not applicable kalau u nak buat sendiri la

ada satu lagi method tapi yg nie agak kejam sikit...nie utk org hati batu blh la...u baiki jer kat unit u, pecahkan dari bawah sampai berlubang unit atas.. seal terus guna waterproofing material dan guna gred concrete yg bagus (G30 ke atas yang waterproofing dan keras cepat). tapi yg nie tak menjamin perpaipan unit atas nie akan ok, tp menjamin kan unit u takkan bocor dr unit atas... kebarangkalian unit atas akan jadi swimming pool

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 08:58 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-11-2018 04:45 PM
kalau apartment yang bukan under dbkl/gomen macam mana?
lagi pulak kalau apartment dah lepas warr ...

mana2 premis mesti under council. sebab tu kelulusan pelan under council.. walaupun developer bukan council (bukan unit gomen)

jadi council perlu bertanggungjawab. selagi unit tu masih wujud, selagi tu council masih bertanggungjawab..apa guna u bayar cukai pintu dan accessment?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 10:28 AM | Show all posts
alahai kesian hani..mek tak tau macam mana tapi tu dah ada forumer yang bagitau cara..semoga keadaan kembali seperti sediakala..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 10:34 AM | Show all posts
leylapple replied at 27-11-2018 08:58 AM
mana2 premis mesti under council. sebab tu kelulusan pelan under council.. walaupun developer buka ...

ooo.. ok.. noted..
kena amik tau since ada rumah apartment
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 11:47 AM | Show all posts
lil_honey replied at 26-11-2018 03:04 PM
Ni tak nampak sgt sebab ade yg hani da lap. And kulat tu da ade kat tempat lain plak.. N ...

Hani

kak kumari tgk gambar pun rasa nk nangis, mmg patut pun mak hani menangis, x sanggup tgk anak dia stay dalam keadaan camtu....teruk sgt

semoga ada jalan penyelesaian yg segera untuk hani, aamiinn

terima kasih pada forumer yg bagi pendapat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 02:19 PM | Show all posts
bellaa replied at 26-11-2018 05:01 PM
adoiii. nnt lama2 kulit alegik naik gatal2. bahaya kulat dinding nih.

memang pon....iols tangan iols gatal2...sebab kat umah pakai lengan pendek kan..badan takde kene sgt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070468 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list