Beberapa hari lepas, Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Aliff Syukri Terlajak Laris tidak senang duduk apabila ada yang menuduhnya sekadar bergambar dan merakam video di butik barangan mewah berjenama Versace namun tidak membeli apa-apa.
Sekadar bergambar tapi tak membeli pun..
Foto: Instagram Aliff Syukri
Ekoran daripada tuduhan nakal itu, pengasas kosmetik yang juga seorang selebriti ini bertindak memuat naik resit pembeliannya di butik barangan mewah sebagai bukti yang dia ada membuat pembelian.
Bukan riak, tapi sebagai bukti dia bukan sekadar 'berposing' di butik Versace..
Foto: Instagram Aliff Syukri
Perkongsian Aliff itu bagaimanapun, menimbulkan isu yang lain apabila ada yang menuduhnya menipu dan melakukan 'editing' pada resit pembelian tersebut.
Tulisan pada ruang nama berbeza. Nampak macam 'edit'.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Aliff juga turut meminta mereka yang mengatakan dia menipu untuk membuat pengesahan sendiri tentang keaslian resit tersebut dengan butik berkenaan.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Dalam pada itu ramai juga yang menasihati Aliff untuk tidak melayan tuduhan tidak berasas daripada netizen yang tidak mendatangkan faedah.
Susah untuk puaskan hati semua orang..
Foto: Instagram Aliff Syukri
Malah, rakan artis turut meninggalkan komen kepada Aliff dan memintanya untuk mengabaikan sahaja kata-kata negatif tersebut.
Betul juga tu. Aliff terlalu rajin melayan setiap karenah netizen sehinggakan mereka seronok untuk mengulanginya. Abaikan sahaja kerana semakin dilayan semakin menjadi-jadi pula mereka. Betul tak? -CARI |