Seorang remaja didakwa meliwat dan membunuh remaja perempuan berusia 14 tahun April lalu.
Lebih sadis, mayat mangsa turut dirogol suspek berusia 16 tahun itu, lapor The Sun.
Foto: South West News Service/The Sun
Difahamkan, mayat Viktorija Sokolova ditemui orang awam di sebuah taman di West Park, Wolverhampton.
Hasil bedah siasat menyimpulkan, Viktorija yang berasal dari Lithuania dan tinggal di West Midlands meninggal dunia akibat kecederaan di kepala susulan trauma tumpul.
Mayat Viktorija Sokolova ditemui orang awam di sebuah taman
Foto: South West News Service/The Sun
Ketika perbicaraan, tertuduh didakwa meliwat dan membunuh Viktorija sebelum melakukan hubungan seks dengan mayatnya.
Remaja itu dibicarakan di Mahkamah Wolverhampton Crown, semalam di mana dia mengaku tidak bersalah meliwat, membunuh dan melakukan perbuatan keji terhadap mayat mangsa.
Foto: South West News Service/The Sun
Pendakwa Jonathan Rees QC berkata, beliau akan memfailkan kes terhadap tertuduh pada Rabu ini. - CARI |