Jika anda pernah menonton Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhi Gham, Har Dil Jo Pyaar Karega, anda pasti jatuh hati dengan kelembutan dan keayuan Rani Mukherjee.
Kalau di Malaysia, pasti Rani sudah diberi gelaran Perempuan Melayu Terakhir. Kalau di India pula, Rani cukup lengkap dengan pakej wanita India asli.
Jika anda masih ingat, Rani sering memegang watak heroin kedua; berkorban dan mengalah dalam cinta.
Kredit foto: bollywoodbubble.com
Mungkin tak ramai yang tahu kehidupan peribadi Rani Mukherjee setelah berumahtangga. Rani kini berusia 39 tahun, dan telah berkahwin dengan Aditya Chopra, seorang pembikin filem pada tahun 2014.
Kisah cinta mereka bermula di set penggambaran filem Muhjse Dhosti Karoge. Perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 12 orang keluarga terdekat sahaja.
Kredit foto: bollywoodshaadies.com
Rani mempunyai seorang anak perempuan bernama Adira yang berusia 2 tahun. Namun, gambarnya sangat susah dilihat di media disebabkan prinsip suami Rani iaitu Aditya yang tidak mahu penglibatan anaknya dalam media sosial.
Rani dan suaminya juga mahukan anak mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Maka tidak hairanlah Rani sendiri tidak mempunyai sebarang akaun di Twitter, Facebook dan Instagram.
Kredit foto: indiatvnews.com
Terkini, Rani membintangi filem Hichki yang ditayangkan pada Mac 2018 yang lepas. Jika anda pengikut setia filem Bollywood, anda pasti pernah mendengar nama filem ini. Hichki memaparkan kisah seorang guru (Rani) yang menghidap sindrom Tourette.
Di dalam filem ini, Rani membuktikan keupayaannya sebagai seorang guru dengan mengajar sekumpulan pelajar yang serba kekurangan.
Meskipun sudah 4 tahun menyepi dari bidang lakonan, Rani berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dengan lakonannya dan watak yang dipegang dalam Hichki.
Kredit foto: wikipedia
Jangan lupa tonton filem ini jika anda rindukan kemunculan Rani Mukherjee di kaca tv! Jom saksikan dulu trailer filem Hichki. -CARI
|