Kredit foto: IG Hairul Azreen
Bila tahu je isterinya hamil anak kedua, Hairul Azreen terus mengambil keputusan untuk 'berpuasa'.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram, Hairul menyatakan dia rindu untuk pergi memancing bersama rakan-rakan.
Namun terpaksa 'berpuasa' memancing.
Wife pregnant!!! (Setahun puasa) korang faham tak kenapa saya post video ni, rindu laut #SayaTenangDiLaut, rindu mancing #CaptainFishing.
"Ini video mula-mula saya belajar mancing, ikan-ikan yang pernah saya dapat boleh tengok #captainfishing," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dan meminta suami kepada Hanis Zalikha ini supaya bersabar dan memberi fokus kepada keluarganya.
Lucu juga ya, ingatkan berpuasa sebab apa. -CARI
|