CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7666|Reply: 23

Simbol Illuminati Di Dalam Video Muzik Asad Motawh : Kenyataan Atau Sekadar Kebe

[Copy link]
Post time 28-11-2018 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Illuminati di dalam dunia muzik antarabangsa bukanlah asing di kalangan peminat muzik di seluruh dunia. Simbol pelik dan aneh terutamanya di dalam video muzik mereka seringkali boleh dilihat dengan mata kasar. Biarpun ada yang memperlekehkan mengenai simbol-simbol tersebut, ianya semakin ketara sehingga merebaknya pengaruh tersebut ke dalam dunia muzik tanahair. Adakah ianya sekadar kebetulan ataupun sememangnya industri muzik tanahair kini dikawal oleh kumpulan Freemason tersebut?

Untuk artikel kali ini, penulis ingin mengulas serba sedikit mengenai lagu dan video muzik terbaru nyanyian penyanyi yang sedang meningkat naik, Asad Motawh berjudul Percaya. Ingin penulis ingatkan bahawa artikel ini sekadar mengupas mengenai agenda Illuminati dari pandangan penulis sahaja, dan tulisan ini sekadar bertujuan untuk mendidik pembaca mengenai apa itu illuminati.


Kulit Album - Percaya






Lihat sahaja kulit album kepada "single" Percaya, di atas. Simbol mata satu (All-Seeing Eye) dan lambang segi tiga berbentuk piramid jelas kelihatan menjadi "penyeri" kepada kulit album tersebut. Penyatuan kedua-dua simbol itu di dalam satu gambar kebiasaannya diibaratkan sebagai mata Tuhan di dalam Illuminati, manakala lambang segi tiga tersebut pula membawa maksud "tiga sudut".




Video Muzik - Percaya







Simbol panahan petir yang berwarna merah boleh dilihat seawal video muzik dimainkan. Mungkin ramai yang tidak tahu, simbol tersebut di dalam agenda Illuminati membawa maksud Lucifer (syaitan), yang kononnya dibuang dari syurga membentuk panahan petir ke dunia. Simbol ini seringkali digunakan di dalam video muzik antarabangsa dan juga pernah menjadi "trademark" kepada bintang Illuminati terkenal iaitu Lady Gaga.







Sekali tonton sahaja, penulis boleh melihat pelbagai simbol dan mesej yang tersembunyi melalui video ini. Samada kebetulan dan tidak sengaja ataupun memang sengaja divisualkan, penulis tidak pasti. Tetapi berikut merupakan ulasan serba sedikit mengenai pemerhatian dan penelitian penulis mengenai mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh mereka. Secara tersiratnya, mesej mengenai video muzik berkemungkinan membawa maksud "pengawalan minda" samada secara sedar atau tidak.


Mengikut pengertian di dalam agenda projek Monarch, "pengawalan minda" bertujuan di mana mereka ingin mengawal minda seseorang (dalam erti kata lain; pukau). Projek Monarch sememangnya wujud dan dibangunkan oleh CIA. Ia masih diguna pakai oleh angkatan tentera Amerika Syarikat sehinggalah ke hari ini. Projek pengawalan minda itu dikatakan bertujuan untuk mewujudkan hamba yang dikuasai oleh minda yang boleh dikawal pada bila-bila masa untuk melakukan apa sahaja tindakan yang diperlukan oleh pengendali.


Seperti yang ditonjolkan di dalam penceritaan video, Asad yang seakan-akan lemah dan tidak bermaya (yang berada di luar cermin) kelihatan sedang berhalusinasi, seolah-olah dipukau dengan "pantulannya" sendiri yang berada di dalam cermin di mana kelihatan lebih konfiden. Di dalam adegan ini, ia berkemungkinan merujuk kepada sifat pemisahan kawalan minda, apatah lagi cermin adalah simbol yang sangat penting di dalam projek Monarch.







Beralih kepada adegan seterusnya, pantulan Asad di dalam cermin itu kemudiannya bergerak keluar dan kemudiannya Asad yang sebenar pula terjatuh ke bawah. Pantulan Asad kelihatan hanya tersenyum sinis, membiarkan dirinya terjatuh begitu sahaja.






Sekali lagi, visual Asad yang lemah dan tidak bermaya sedang diperhatikan oleh Asad yang terjatuh ke dimensi lain di dalam video muzik tersebut. Asad Motawh hanya mampu melihat dirinya yang kelihatan longlai di dalam kawasan kotak yang berbentuk segi empat tersebut dan kelihatan takut. Terdapat dua lagi Asad turut berada di dalam kotak-kota tersebut







Di dalam satu adegan, terdapat seorang lagi Asad yang hanya diterangai warna merah sedang duduk berseorangan di atas kerusi sambil melakukan pandangan sinikal. Jelas sekali rambut Asad kelihatan menutupi sebelah daripada matanya yang seakan-akan membawa maksud "simbol mata satu". Mungkin ianya hanyalah sekadar kebetulan dan tidak membawa apa-apa pengertian.







Kemudiannya, Asad yang hanya diterangi warna merah itu dilihat cuba untuk memporak-perandakan keadaan sekelilingnya di dalam keadaan marah. Mungkin sahaja ia membawa mesej di mana diri sebenarnya memberontak dari dalam untuk dilepaskan tetapi realitinya, dia lemah dan tidak mampu melakukan apa-apa. Sejurus saja adegan tersebut, Asad yang memberontak itu tiba-tiba tersenyum sinis kepada Asad sebenar yang masih lemah tidak bermaya, yang hanya mampu untuk melihat beliau tanpa ada sebarang perasaan. Adegan senyum sinis Asad itu kelihatan agak menyeramkan.








Kemudian, Asad dibawa pula ke dimensi yang lain dan menuju ke satu ruang di mana sekumpulan burung merpati yang terbang ke arahnya. Burung merpati membawa maksud kedamaian yang sangat dalam. Ia menenangkan pemikiran kita yang bermasalah atau bermasalah, dan membolehkan kita mencari pembaharuan dalam kesunyian minda. Mungkin sahaja ia membawa maksud pemikiran Asad ketika itu kosong, terlalu damai sehingga hanya mampu berkelakuan seperti robot.



Video muzik itu diakhiri dengan Asad yang lemah itu kembali berada di hadapan cermin tersebut dan memperlihatkan pantulan Asad sedang tersenyum sinis, kelihatan puas.






Samada secara sengaja atau tidak, simbol-simbol Illuminati yang disebut di atas jelas kelihatan di dalam video muzik ini. Dan sekadar peringatan, ini hanyalah andaian dan penilaian penulis sahaja. Penulis hanya mengupas sekiranya video muzik ini ditonton oleh pencinta teori Illuminati. Mungkin ianya sekadar kebetulan dan hanyalah divisualkan dari sudut seni. Apatah lagi video muzik ini sebenarnya antara video muzik terbaik yang pernah penulis tonton untuk tahun ini! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diikutkan bukan simbol kat sini je iluminati
Bersepah- sepah kat Malaysia skrg
Dlm Tv rancangan hiburan tak payah cakap lah. Dekat rumah aku ni markas geng2 ahli iluminati. Dulu gerakan ni undercover. Sekarang mmg dah terang - terang. Mau cakap apa lagi ?

Ini lah dunia akhir zaman
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pprt nya uolssss
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 11:46 AM | Show all posts
xsalah kalau ada simbol ilumnate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukul.Besi replied at 28-11-2018 11:34 AM
Pprt nya uolssss

Sekali sekala chuols. Hiksss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 28-11-2018 11:33 AM
Kalau diikutkan bukan simbol kat sini je iluminati
Bersepah- sepah kat Malaysia skrg
Dlm Tv ranc ...

Klu caya nnt kena cerca kih3
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-11-2018 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 28-11-2018 11:46 AM
xsalah kalau ada simbol ilumnate

Mana salah. Cool aper....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dualism / multiple personality / monarch butterfly tu mcm tanda2 bakalan initiation je

Lgpun baru2 ni bukan ade boyband 911 tibe2 ckp nk collab heols? Hmm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku je hehe but nice mv hope ada improve la nyanyi live ye dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku je hehe but nice mv hope ada improve la nyanyi live ye dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku je hehe but nice mv hope ada improve la nyanyi live ye dek
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Website ni i selalu follow dulu https://vigilantcitizen.com skrg tak rajin dah, byk je diorg kaji video clips sume
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan aku dgn mereka yg sikit2 agenda iluminati..agenda freemason. Overthinking much?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 05:56 PM | Show all posts
what ever simbol dia gunakan adakah org nak kesah sebenarnya for this artis sendu. Ntah2 cubaan nak upkan dari kesenduan melampau. so pasal nak kuar album lah maka tteiba up dak ni sana sini ek. next pls
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tgh mendonia ni hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
camne nak pronounce nama budak ni? memang begitu ke spellingnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
MV ok tp lagu deyyy x best langsung...btw Asad ni umo brp? Sejenis yg x sekolah kerajaan jugak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara stok2 mcm ni.. malas nk dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulasan u dah macam vigilant citizen dah. Tapi industri muzik dan mereka memang tak boleh dipisahkan. Subliminal messages are thrown everywhere til we are desensitized.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 12:38 PM | Show all posts
menyampah aku asad muntah ni..
bila nak repair gigi berlubang tgh tu...tak leh hadam aku dgn poyo belagak dia
Indog2 jer yg merangkak tgk mamat bengap ni perform.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list