View: 1929|Reply: 8
|
Tukang Masak Didenda RM7,100 Rakam Gambar Wanita Mandi
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman denda RM7,100 atau lapan bulan penjara selepas seorang lelaki mengaku bersalah merakam gambar wanita sedang mandi.
BERNAMA melaporkan, Ong Siew Khong, 38, yang juga tukang masak membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan merakam dan memiliki gambar lucah rakan wanita serumahnya bulan lalu dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.
Gambar Hiasan
Menurut fakta kes, perbuatan itu dilakukan terhadap seorang wanita warga Filipina yang merupakan pekerja restoran di sebuah rumah di Damansara Jaya, antara jam 11.30 pagi dan 1.45 tengah hari pada 21 Oktober lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Ong Siew Khong didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya. Bagi pertuduhan itu, dia boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala, dalam pertuduhan kedua lelaki itu didakwa berkelakuan aib dan tidak senonoh dengan merakam gambar wanita terbabit ketika sedang mandi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Menurut laporan, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda RM7,000 atau tujuh bulan penjara bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua dia didenda maksimum RM100 atau sebulan penjara, jika denda gagal dibayar.
"Dalam kes ini, ketenteraman mangsa telah diganggu kerana dia direkod ketika sedang mandi di rumah sendiri, oleh itu mohon satu hukuman yang dapat menginsafkan tertuduh," kata Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran yang memohon tertuduh dikenakan hukuman berat berbentuk pengajaran.
Namun, tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan sudah insaf selain berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kat tumblr banyak sibuk rakam. |
|
|
|
|
|
|
|
mentalnyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tuduhan kedua rakam perempuan mandi denda rm100 je? Ringan betul hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm mendapla thread ni nnt bila forumer terbaca nama si tukang masak |
|
|
|
|
|
|
|
Euw mula mula rakam nanti lepas tu jadi mcm mat salleh yg busted tgok porn & masturbate dlm pizzeria dia tu..terus lingkup kena boycott you.. tkda siapa nak rasa air tangan gila seks |
|
|
|
|
|
|
|
aHoi83 replied at 30-11-2018 02:58 PM
Hmmm mendapla thread ni nnt bila forumer terbaca nama si tukang masak
Kannnn kalo nama ali ke abu ke muhd kee baru pyropura mai... hak hak hak |
|
|
|
|
|
|
|
skunk ni nk duk homestay pon rasa X selamat esp condo apartment tkot ada camera tUan umah duk syok skodeng |
|
|
|
|
|
|
| |
|