CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5012|Reply: 49

Gurauan Melampau

[Copy link]
Post time 30-11-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BEIJING: Seorang pengantin lelaki parah dengan pelbagai kecederaan selepas dilanggar kereta ketika melarikan diri daripada rakan-rakan yang menyakatnya dalam acara sebelum majlis perkahwinannya.

Ai Guangtao, 24, yang cuma berseluar dalam berlari ke lebuh raya berhampiran rumahnya dengan badannya dipenuhi dakwat pada hari perkahwinannya hujung minggu lalu kerana tidak tahan disakat rakannya yang menjadi sebahagian tradisi majlis bagi masyarakat Cina.

Guiyang Evening News melaporkan, Ai ketika itu mahu pulang ke rumahnya dari rumah isterinya pada pagi Ahad.

Sakat-menyakat menjadi acara biasa dalam majlis perkahwinan Cina dan bertujuan mewujudkan suasana riang.

Namun pada hari itu, rakan Ai mencampak telur serta menuang bir dan dakwat ke atasnya, mengikatnya pada tiang elektrik menggunakan pita pelekat sebelum memukulnya menggunakan buluh.

Ibu saudaranya Chen Xiaomen berkata, Ai berjaya melepaskan diri selepas tidak tahan dengan perbuatan rakannya.

“Keadaannya ketika itu menyedihkan, dia dikejar sehingga sampai ke kawasan bersebelahan lebuh raya dan tiada tempat lain untuk dituju,” katanya.

Ai kemudian memanjat pagar yang memisahkan lebuh raya sibuk berkenaan, namun terus dilanggar kereta.

Chen berkata, dia dan beberapa rakan berjaya menahan ambulans yang kebetulan lalu di situ lalu membawa Ai ke hospital.

Ai retak tengkorak, selain mengalami pendarahan dalam otaknya, lapor South China Morning Post.

“Semua yang terbabit dalam upacara itu adalah rakan baik Ai. Namun kami sekeluarga kini terkesan dengan tindakan mereka.

“Majlis sepatutnya menggembirakan menjadi tragedi,” kata Chen.

Katanya, keluarganya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan terbabit. Pada masa sama, rakan Ai mengaku kesilapan mereka serta menyumbangkan lebih 6,000 yuan (RM3,600) untuk rawatannya.

Upacara berkenaan tradisi yang diamalkan sejak ribuan tahun lalu dan bertujuan mengusir roh jahat.

Ia masih popular dalam masyarakat Cina, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin dikritik kerana sering memalukan pengantin lelaki, malah kadangkala membabitkan keganasan.

Bukan pengantin lelaki saja menjadi mangsa, malah pengantin perempuan juga kadangkala dipaksa melakonkan perbuatan seksual dengan bakal suami.

Pengapit juga tidak terkecuali dan sering diraba, malah ada juga kejadian di mana ibu bapa pengantin dipaksa memakai kostum yang memalukan.

Selalunya, pasangan pengantin dan ibu bapa mereka ‘menutup mata’ serta akur semua arahan semata-mata tidak mahu mencacatkan majlis perkahwinan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 6:16 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok let's have a look at one upper equivalent dari yendia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:40 AM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga menjadi pengajaran kpd kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:43 AM | Show all posts
apakahh bergurau sampai camtu sekali.. tu dah jadik cam melampiaskan kegeraman memasing je jadik..

kesian si bakal pengantin.. dah la time hari nak kawin pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklaa news baru.. dah bosan baca cerita kaum kerabat peguam.. cerah sikit mata
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:47 AM | Show all posts
org tua2x kata jangan suka2x sangat nanti menangis..

huhuhuuhuhuhuh.. kesian bini dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2018 08:50 AM | Show all posts
melampau betul gurau mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:11 AM | Show all posts
gurau pun berpada pada lah..sian lelaki tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pembuli guna alasan bergurau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Prank harijadi di malaysia pun dah mula menjurus kepada bully. Mula start baling tepung telur dan sekarang dah jadi makin teruk dgn insiden terbaharu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:30 AM | Show all posts
Tak memasal kerana adat dapat cacat berkekalan ..

ni bukan gurau .. membuli nama nya.. kot ada ambil kesempatan lepas geram


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:30 AM | Show all posts
Nasib tak mati. Gila punya gurauan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:44 AM | Show all posts
kawan baik ape mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak ensem lak walau dari belakang. Ada gambar penuh masa dia tgah wangi tak
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:03 AM | Show all posts
mcm ni punya gurauan org pn takut nak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak beragak nk gurau pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
tak syok la gurau melampau2. adat bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:01 AM | Show all posts

Tradisi Sakat Melampau, Sampai Retak Tengkorak Pengantin

Tak tahan disakat oleh rakan-rakan dalam majlis perkahwinannya menyebabkan seorang lelaki yang parah dengan pelbagai kecederaan melarikan diri.


Ketika berlari ke lebuh raya berhampiran rumahnya, Ai Guangtao, 24 hanya berseluar dalam dengan dakwat penuh di badannya.


Guiyang Evening News melaporkan, sakat pengantin merupakan sebahagian tradisi majlis bagi masyarakat Cina dengan tujuan untuk mewujudkan suasana riang.


Ketika kejadian, Ai mahu pulang ke rumah dan rakannya bertindak mencampakkan telur dan menuang bir dan dakwat ke atasnya.


Kredit foto: Guiyang Evening News


Selain itu dia juga diikat pada tiang elektrik mengginakan pita pelekat sebelum memukulnya dengan buluh.


Ibu saudaranya Chen Xiaomen berkata, “Keadaannya ketika itu menyedihkan, dia dikejar sehingga sampai ke kawasan bersebelahan lebuh raya dan tiada tempat lain untuk dituju."


Ain kemudiannya memanjat pagar yang memisahkan lebuh raya namun malangnya dilanggar kereta.


Ai retak tengkorak, selain mengalami pendarahan dalam otaknya.


Bagaimanapun keluarganya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan terbabit. Rakan Ai yang mengaku kesilapan mereka telah menyumbangkan lebih 6,000 yuan (RM3,600) untuk rawatannya.


Buat pengetahuan tradisi ini sudah diamalkan sejak ribuan tahun untuk mengusir roh jahat.


Namun kebelakangan ini semakin dikritik kerana memalukan pasangan pengantin yang kadang-kadang disuruh melakukan perbuatan seksual, ibu bapa yang dipaksa memakai kostum hodoh serta pengapit yang kadangkala diraba. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:11 AM | Show all posts
kawan lak jahat cam jin iprit..kot ye pon nk menyakat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:23 AM | Show all posts
Kwn yg berdendam boleh la amik kesempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.690209 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list