Kredit foto: Instagram intannajuwa
Ramai yang suka melihat wajah comel pelakon kecil molek Intan Najuwa ni kan? Walaupun dia masih baru dalam dunia lakonan tetapi popularitinya tidak kurang hebat lebih-lebih lagi selepas melakonkan watak sebagai Hannan dalam drama Kekasih Paksa Rela bersama Remy Ishak.
Kredit foto: Instagram intannajuwa
Najwa dilihat begitu aktif memuat naik status tentang dirinya di akaun Instagram dan sentiasa mendapat perhatian daripada netizen. Terbaru, Najwa telah memuat naik satu video yang menayangkan bentuk tubuhnya yang kurus dan kecil molek itu. Ia sebenarnya untuk mempromosikan satu produk pelangsingan badan tetapi ramai netizen yang sakit mata melihat lenggok tubuh dan punggung Najwa yang kelihatan terlalu seksi.
Ramai netizen yang tidak sanggup melihat dan menasihati agar najwa cuba untuk menutup aurat. Tidak kurang juga ada netizen yang memberitahu tentang dosa mendedahkan aurat dan seksaan api neraka. Nampaknya sayang betul netizen pada Najwa kan?
Kredit foto nstagram intannajuwa
Lelaki bernafsu tengok susuk tubuh Najwa
Boleh dikatakan ramai netizen yang menegur aksi najwa yang sangat daring dan telah membuatkan ramai netizen lelaki tidak dapat menahan nafsu melihat susuk tubuh najwa. Banyak komen dengan usikan nakal yang diterima tetapi ia tidak mendapat apa-apa respon daripada najwa.
Ialah, Najwa masih lagi muda dan sedang mengejar populariti sebagai artis tetapi diharapkan najwa menerima teguran netizen dengan positif. Mungkin Najwa perlu menjaga penampilan dari segi pemakaiannya agar tidak keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan imejnya sebagai pelakon yang berbakat. - CARI
|