CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5425|Reply: 25

Kellie Castle: Masih 'Panas' Ke?

[Copy link]
Post time 4-12-2018 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Disinonimkan sebagai Taj Mahal Malaysia, Kellie Castle dilaporkan telah menjadi lokasi penggambaran filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof.


Meskipun sering dikaitkan dengan kejadian mistik, pembinaan istana lama ini juga unik kerana dikatakan hanya menggunakan putih telur itik, kapur, pasir, madu dan gula merah. Tiada besi atau paku digunakan!




Pembinaan yang hanya menggunakan campuran putih telur itik, kapur, pasir, madu dan gula merah.
Kredit: Berita Harian




Pemandangan indah dari atas bumbung tidak dapat menutup misteri yang menyelubungi istana lama ini.




Keseluruhan Kellie Castle.
Kredit: Google




Menurut penyelia operasi Kellie Castle, ada kelibat seorang lelaki misteri dipercayai roh William Kellie Smith dilihat berdiri termenung di tepi tingkap setelah pengunjung selesai sesinya merakam kelawar pada waktu malam!


Menurut laporan Berita Harian, lokasi 'panas' yang dikatakan mistik adalah bilik Helen, bilik linen, ruang simpanan arak dan laluan serambi. Manakala, kebiasaan 'waktu puncak' gangguan adalah di antara jam 5:30 petang hingga 7:30 malam dan 2 pagi hingga 3 pagi.


Penulis sempat mengutip beberapa peristiwa aneh dialami masyarakat berkenaan Kellie Castle, namun penulis belum sempat memastikan kesahihannya. Antaranya adalah:


Di bilik Helen, ada kedengaran suara kanak-kanak perempuan menangis menjelang waktu petang, namun setelah dipastikan tiada orang di dalam bilik berkenaan. Ada juga yang terlihat kelibat kanak-kanak perempuan dalam lingkungan usia 6 tahun, berbangsa Eropah dan berambut keriting berkeliaran di dalam bilik itu.




Bilik Helen.
Kredit: Google




Di dalam bilik linen, masih didiami roh Mr Gopal iaitu tukang cuci dari India yang bekerja untuk Tuan Smith. Loghat percakapannya berbunyi Inggeris India yang pekat dan katanya dia bersama dengan isterinya. Ini telah disahkan oleh sekumpulan pengamal perubatan Islam yang berkunjung ke lokasi panas itu.


Lebih menyeramkan, ada penampakan kelibat pengawal tanpa kaki yang tidak mengizinkan pengunjung masuk ke dalam Kellie Castle menjelang waktu petang dan kejadian tingkap tertutup dengan sendiri seakan-akan ditiup angin kuat, namun setelah dipastikan tiada angin yang bertiup.


Sementara itu, seorang pengawal bertugas mendakwa pernah melihat hantu langsuir berhampiran pokok-pokok besar ketika mengawal kawasan istana lama itu.


Jika diperhatikan pada pokok batai ini, kelihatan seolah-olah ada kelibat seakan-akan beruang pada batang pokok itu.




Kredit: Google




Memetik laporan Utusan, sekumpulan sami telah mengesahkan 'penjaga' istana lama itu ialah seorang lelaki yang bersolat di bilik tingkat paling atas. Ia turut diakui seorang kanak-kanak yang dapat melihat makhluk halus.


Tempat 'lama' memang ada penjaganya! Kita dinasihatkan supaya menjaga tatasusila walau di mana jua kita berada. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu mati bukan kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 11:31 AM | Show all posts
buapakperut replied at 4-12-2018 11:10 AM
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu  ...

owhh..sekarang masuk ade bayaran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:12 PM | Show all posts
kul 5.30 petang dah start kacau ke.. mujur la aku tak rasa nak singgah lawat walau dah banyak kali lalu.. anak buah aku gi sane benda tu ade ikut balik kacau.. kejap kang nangis kejap kang murung budak tu.. takde la budak pon sebenarnye.. anak dara umur 20an
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:37 PM | Show all posts
ok je kat situ.. cantik binaannya.. cuma tak siap je.. berangan kalau rumah sendiri mcmtu.. cantik dgn besar, ada sungai kat depan.. fuhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 4-12-2018 03:31 AM
owhh..sekarang masuk ade bayaran ke?

5 ringgit je sis tapi tetap mcm tak berbaloi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2018 01:13 PM | Show all posts
buapakperut replied at 4-12-2018 12:39 PM
5 ringgit je sis tapi tetap mcm tak berbaloi

yer la.. aku dedulu masuk free dan sekali tu je la.. tp masa dudulu lg power.. benda tu siang pon ade dlm gambar yg kita tangkap.. smpai makcik aku trauma terus gi buang gambar.. kalau x dpt gak tngok bentuk nya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kurga replied at 4-12-2018 05:13 AM
yer la.. aku dedulu masuk free dan sekali tu je la.. tp masa dudulu lg power.. benda tu siang pon  ...

entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah. dahle mulut iols dgn husband lancang sgt gelakkan cerite tu. ramai gilerla pelancong haritu sunday
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pergi. Biasa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 02:29 PM | Show all posts
buapakperut replied at 4-12-2018 01:15 PM
entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah ...

masa dulu pergi pon x pikir benda tu ade... pastu bkn tangkap terus dpt tengok.. kan pakai kodak masa tu.. so, selagi x abis kuantiti dalam filem kodak tu xde la pergi cuci.. jadi benda tu da lama la... lepas da cuci tu.. makcik tanya kat yang lain" ehh... masa kita tangkap gambar ade orang lain masuk sekali" belek punya belek.. kata dorang lain mcm rupanya.. makcik terus koyak gambar..masa tu pon masuk kellies xde la lawo mcm skrg..dengan semak samun.. pastu kotor la sampah sarap.. tahun 1990 x silap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2018 04:21 PM | Show all posts
buapakperut replied at 4-12-2018 11:10 AM
kosser nyah jalan2 tgk bilik batu kene bayar tiket.sendu yakmat tapi wat citer hantu.padahal org tu  ...

betul tu. mengikut fakta, keluarga smith tak mati kat situ pun. tetapi, semasa zaman penjajahan jepun, bangunan tu pernah dijadikan tempat menyeksa dan membunuh penduduk tempatan. wallahu a'lam.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xblh lawan villa nabila
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut: entahle, iols byk juga bergambar .. takdela bnde tu pulak. iols tgh pregnant 5 bulan. saje singgah. dahle mulut iols dgn husband lancang sgt gelakkan  ...

Beraninya chuols masa pregnant pgi tmpat2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 06:14 PM | Show all posts
dah pegi banyak kali sini. maghrib pun penah datang

seram tu memangla seram. produk pelancongan untuk negeri perak. tapi meols takde kena kacau hantu pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 06:17 PM | Show all posts
nak pergi sini, pergilah waktu pagi. nak parking senang.. nak bergambar pun senang. takde ramai orang dalam gambar kita. dan masa naik atas bumbung tu taklah panas sangat.

pukul 9.30am rasanya bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak dia "kenapa akak tu kaki dekat atas kepala dekat bawah?".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2018 09:21 PM | Show all posts
besarkecik replied at 4-12-2018 07:21 PM
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak d ...

ini seram..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde rasa nak masuk pun.. hubby x bg masuk katanye kite bukan nmpk kalo ada benda tu ngikut.. lalu jela..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 08:04 AM | Show all posts
besarkecik replied at 4-12-2018 07:21 PM
Aku pernah pergi sini. Sekali je la. Bukan aku nampak, ada sorang budak tu nampak..  Dia tanya mak d ...

eeeee seram..tp biasa la bukan semua org bleh nmpak benda tu
org yg x pernah nmpak mmg susah nak percaya
tp aku ada sedara prempuan yg mudah nmpak benda2 tu
umo dia pun da 60 tahun x kan la dia nk tipu kita org lagik
tp disebabkan dia da biasa nmpak, dia boleh buat2 bodoh...tak pun dia akn ckp sorang2
kita sama2 makhluk Allah, aku x kcau ko, ko jgn kacau aku
kalau aku ntah la ...pengsan ke apa x tau laa..
atau pun maybe yg dia nmpak x hodoh sgt kut
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2018 09:01 AM | Show all posts
haritu tgok dia punya dokumentari kot

ada banyak terowong rahsia keluar dr istana ni, tapi semua dah terkambus
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.589423 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list