Berita paling panas hari ini adalah kisah penyanyi rap, Cardi B mengesahkan beliau sudah berpisah dengan suaminya, Offset selepas perkahwinan singkat dan seorang cahaya mata.
Kredit foto: Esquire
Dalam kenyataan kepada media, penyanyi rap berumur 26 tahun itu menyatakan mereka berdua berpisah kerana tidak ada keserasian tetapi gosip panas di Daily Mail menyatakan punca perpisahan mereka adalah kerana cubaan Offset untuk 'threesome' dengan dua orang wanita dihidu oleh Cardi B.
Lebih menyakitkan hati, kecurangan itu dikatakan berlaku ketika Cardi B masih terlantar di hospital selepas baru melahirkan anak perempuan mereka, Kulture .
Kredit foto: Daily Mail
Dalam bukti mesej teks yang diperolehi Daily Mail, Offset yang juga seorang penyanyi rap telah menghantar pesanan kepada seorang wanita bernama Summer Bunni mengajaknya untuk 'threesome' dengan seorang lagi penyanyi wanita rap, Cuban Doll.
Teks bertarikh 28 Jun itu didedahkan di Instagram dan turut memaklumkan Cardi B dalam tag. Sebuah lagi gambar menunjukkan Summer Bunni sedang Facetime dengan Offset di sebuah kereta limo.
Kredit foto: Daily Mail
Susulan pendedahan itu, kedua-dua Summer Bunni dan Cuban Doll telah memuat naik kenyataan masing-masing. Tanpa menafikan penglibatannya, Summer Bunni berkata ‘melihat seorang wanita dikecewakan tidak memberikan kebahagiaan atau kelucuan, dalam situasi ini saya gagal’.
Cuban Doll pula mempertahankan Summer Bunni dan mengatakan mereka berdua tidak memisahkan mana-mana hubungan.
Kredit foto: SocialPolitik.net
Cardi B dalam posting instagramnya Selasa lalu mendedahkan dia dan Offset sudah berpisah tetapi akan kekal sebagai sahabat dan rakan bisnes. Sebelum ini pasangan itu berkahwin di Atlanta pada September 2017 dan Cardi B melahirkan anak mereka pada Julai 2018.
Kredit foto: Instagram
Nampaknya tahun 2018 adalah tahun panas bagi Cardi B. Selain kejayaan albumnya, kisah pergaduhan dengan Nikki Minaj dan perceraian turut menjadi bualan ramai. -CARI
|