CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3484|Reply: 32

[Tempatan] Murid mohon maaf marahkan doktor

[Copy link]
Post time 7-12-2018 08:46 AM | Show all posts |Read mode



SEORANG doktor terharu menerima surat permohonan maaf daripada murid yang memarahinya ketika dikhatankan di kliniknya di Tapah Road, Tapah.

Pengasas Klinik Doktor Bergerak (DOC MOVE), Dr Hanafi Yahya, 35, berkata, murid Tahun Satu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pendeta Zaaba, Tapah Road, Adam Amir Hakim, 7, menyerahkan surat itu kepadanya semalam.

Katanya, ketika dibawa ibu bapanya ke kliniknya minggu lalu, murid itu memarahinya sejak mula proses bersunat mahu dilakukan.

“Budak ini marah saya, kata saya jahat, halau saya keluar dari bilik itu (bilik khatan), malah dia jerit kata dia nak pulang dan bencikan doktor.

“Semalam, saya terima surat itu ketika dia datang ke klinik untuk membuat rawatan susulan dan saya terharu apabila membaca surat dan pengakuan ikhlasnya.

“Dia memohon maaf kerana marahkan doktor dan memaklumkan dirinya takut dan sakit ketika bersunat. Dalam surat itu juga dia maklumkan dirinya budak yang baik serta mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana merawatnya.

“Sepanjang kerjaya sebagai doktor, inilah kali pertama saya terima surat permohonan maaf daripada seorang pesakit yang menerima khidmat di klinik,” katanya ketika dihubungi NSTP di Tapah, hari ini.

Dr Hanafi berkata, beliau hanya tersenyum ketika murid berkenaan memarahinya dan menerangkan kepada murid berkenaan serta ibu bapanya bahawa prosedur dilakukan di kliniknya adalah biasa.

“Bagi saya murid ini mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi kerana dia sedar apa yang patut dilakukan apabila melakukan kesalahan,” katanya.

Menurutnya, tugas mengkhatankan kanak-kanak agak mencabar kerana pelbagai tindakan dan kata-kata dikeluarkan oleh kanak-kanak disebabkan rasa takut terutama selepas mendengar pelbagai cerita yang sengaja diada-adakan untuk menakutkan mereka.

Dr Hanafi memang dikenali di daerah Muallim sejak memperkenalkan perkhidmatan DOC MOVE dan Kad Anak untuk anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Muallim.

Kad Anak memberi peluang kepada anak yatim menerima rawatan dan ubat-ubatan secara percuma di klinik milik isterinya, Dr Fariza Hanim Shahir, 35, yang terletak di Bandar Behrang 2020, selain menikmati diskaun di premis perniagaan yang berdaftar dalam perkhidmatan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 12:01 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2018 08:47 AM | Show all posts
hassanah ker sister?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:57 AM | Show all posts
budak darjah satu boleh wat karangan ... what?????!!!!!
terbau hassanah bt hassan
.
.
.
kan skrg musim sunat, amik kesempatan nk viral je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 08:58 AM | Show all posts
yang dah tua tinggal nak mati pun ramai yang bengis,, tak boleh salah sikit, marah tak tentu pasal.. tahu lah kau takut tinggal dalam kubur sorang sorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:00 AM | Show all posts
tri-max replied at 7-12-2018 08:57 AM
budak darjah satu boleh wat karangan ... what?????!!!!!
terbau hassanah bt hassan
.

kenapa pulak tak boleh.. mak bapak boleh bantu susun ayat & mengeja
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:07 AM | Show all posts
redz85 replied at 7-12-2018 09:00 AM
kenapa pulak tak boleh.. mak bapak boleh bantu susun ayat & mengeja

good effort la parents cam tu, ajar anak utk mnta maafbtw sapalah yg ajar budak ni jadi kurang ajar on the 1st place ekkk??
parents jugakla khenn







Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tulisan anak ni. Cepat sembuh ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:19 AM | Show all posts
penting tak potong habis ok dik, kang surat saman dikarang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 09:26 AM | Show all posts
Sunat memang sakit pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 09:27 AM | Show all posts
TQ sis fan tabur tacang....love u  ..muahhhh  3x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:28 AM | Show all posts
rasanya ditulis oleh budak yang besar sedikit kerana tulisannya lebih cantik seperti budak darjah 5 atau enam sebegitu.. tetapi content ayatnya itu sememangnya budak yang menulis bukan org tua
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:52 AM | Show all posts
eh boleh je.. kat sekolah kan drg dah belajar bina ayat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:10 AM | Show all posts
Cantik tulisan budak darjah satu ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape pulak hasanah? Depends on cara parent mengajar. Anak sedara i 6 tahun rilek je tulis surat mintak maaf atau wish birthday tanpa org ajar
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak dia suruh anaknya minta maaf. ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:30 PM | Show all posts
eh aku dajah satu pon pandaibuat karangan. tapi sentiasa start dengan  : Pada suatu hari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 12:33 PM | Show all posts
adoiiiii ...comelll la ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahahaa mesti cute bolat temban adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 02:34 PM | Show all posts
wah , bless him

kesedaran adab yg baik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 03:02 PM | Show all posts
budak2 zaman sekarang jgn dipandang rendah.
6 tahun dah boleh membaca dan menulis.
especially yg pergi montessori.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054979 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list