Berikutan menerima bantahan daripada pelbagai pihak, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan ditangguhkan.
Kredit foto: IG Maszlee Malik
Menerusi Twitter, Dr Maszlee berkata, penangguhan itu adalah bagi memberi ruang kepada semua pemegang taruh untuk memberi pandangan dan cadangan.
Astro AWANI melaporkan, Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan pada Rabu mengumumkan mekanisme pembayaran baru itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari.
Skim potongan itu bagaimanapun menerima bantahan hebat daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pembangkang. - CARI |