CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4175|Reply: 45

[Tempatan] Lupakan hasrat ke stadium beli tiket final Piala AFF - FAM

[Copy link]
Post time 9-12-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 9-12-2018 10:22 AM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini meminta peminat bola sepak negara yang berhasrat ke Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini bagi membeli tiket final pertama Piala AFF 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, agar melupakan hasrat mereka.

Ini kerana kata Setiausaha Agung FAM Stuart Michael Ramalingam, selepas mengambil kira barisan penyokong yang beratur sejak malam tadi di kaunter tiket A dan E di stadium itu sudah mengelilingi stadium, kesemua 40,000 tiket yang diperuntukkan hari ini akan habis dijual dalam masa singkat.

“Justeru, FAM sekali lagi berharap tiada lagi tambahan penyokong yang akan hadir ke Stadium Nasional, pagi ini kerana ia hanya akan menyebabkan anda pulang dengan rasa kecewa,” katanya dalam kenyataan di sini.




ADVERTISING

Katanya FAM amat menghargai sokongan peminat tempatan terhadap Harimau Malaya pada aksi pertama final berkenaan namun hanya 80,000 keping tiket disediakan.

Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket yang dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam, habis dalam masa singkat.

“Bagi penyokong yang sedang beratur di Stadium Nasional ketika ini, saya sedang berbincang dengan pihak polis untuk penyediaan bantuan keselamatan apabila proses penjualan tiket bermula nanti supaya tidak berlaku kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau memaklumkan kaunter jualan tiket yang sepatutnya dibuka 10 pagi akan diawalkan kerana FAM prihatin dengan keadaan penyokong yang telah berbaris sejak malam tadi.

Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Vietnam pula menempah tiket ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir kejohanan yang menggunakan format timbal balik itu. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke train q nya.. harap fam telus dlm penjualan tiket.. jangan sembang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergghhh...Fam dasar penipu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertahun2 buat jualan tiket masih x mampu pikir kan kemudah utk penyokong
Buat la numbering utk yg beratur
Counting utk tiket yg tinggal, biar org nampak brp baki
Kalau takat sembang telus2 baik x payah. Mcm x biase tiket kena songlap awal
Phewwww
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu la masalah gini....emmm...ke diorg jual kt sesapa dulu ni? Sian laa crowd yg tggu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak jual je semua online tapi different channels. Tak payah nak beratur, kerah polis jaga etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiket vip berapa kuota. Bg ke company berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
best kw tengok bola kat stadium

mcm kecik je bola
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2018 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FAM sembang kencang
Aku x rasa penjualan tiket ni telus. Org serbu beli tiket mcm nk merusuh pagi td. Apa masalah FAM x blh nk jual secara sistematik?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 9-12-2018 01:10 PM
best kw tengok bola kat stadium

mcm kecik je bola

Best le sebab semangat dia len macam
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 02:07 PM | Show all posts
ulat2 dah ngap dulu le tu...

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Metana replied at 9-12-2018 01:43 PM
Best le sebab semangat dia len macam

harap menang la ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih ku org beratur berjela2 beli tiket. Beratur gi sejid ada tak?

#donemelobai

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak telus tu... penipu..rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak buah pergi dari malam tadi, berbaris elok pun sampai masa kaunter buka orang asak2 terkeluar barisan sudahnya
Mak dia bekalkan sejadah tapi tak tahulah digunakan ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 9-12-2018 02:56 PM
Gigih ku org beratur berjela2 beli tiket. Beratur gi sejid ada tak?

#donemelobai

perlu ka nk berebut semayang jumaat???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2018 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar poket kering, janji sokong Malaysia di final
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: “Biar poket kering asalkan dapat sokong Malaysia di final!,” kata penyokong Harimau Malaya, Mohamad Akmal Mohd Amin.

Pekerja swasta berusia 28 tahun itu mengakui sedia melepaskan beberapa barangan peribadinya hanya semata-mata untuk menampung dana bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 di Hanoi, Sabtu ini.

Katanya, satu kerugian yang amat besar seandainya dia terlepas peluang keemasan itu memandangkan dia menyaksikan semua perlawanan pada edisi kali ini termasuk di Phnom Penh, Hanoi dan Bangkok.

“Selepas memberikan sokongan bagi semua perlawanan termasuk yang berlangsung di luar, sudah tentu ralat jika tidak memberikan sokongan pada perlawanan akhir.

“Mungkin saya berpeluang menyaksikan pemain negara menjulang trofi itu di depan mata saya sendiri sekiranya rezeki memihak Harimau Malaya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai wang yang sudah dibelanjakan, Akmal menjelaskan dia sudah menghabiskan hampir RM4,000 bagi menyaksikan tiga perlawanan di gelanggang lawan.

“Kebanyakan perbelanjaan daripada simpanan sendiri dan kadang-kadang saya terpaksa melepaskan koleksi peribadi seperti mafla dan baju jika berdepan kekangan dana.

“Apalah sangat kerana wang boleh dicari tapi peluang menyaksikan Malaysia pada final tidak selalu diperoleh,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 9-12-2018 10:51 AM
Bertahun2 buat jualan tiket masih x mampu pikir kan kemudah utk penyokong
Buat la numbering utk yg  ...

Jual jer online mcm jual tiket flight. Kalau tiket flight boleh pilih seat, stadium pilih pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time jual je la semua online... ape la masalah depa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084861 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list