CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Syd

[Tempatan] Bahaya kepala air. Awas!

[Copy link]
 Author| Post time 12-12-2018 07:10 PM | Show all posts
Syd replied at 10-12-2018 10:31 AM
Semalam ada news budak mancing hanyut.

Rasanya malam tadi terbaca news budak tu dihanyut kepala a ...





Mayat Mohd Syarif akhirnya ditemui

MAYAT remaja dihanyutkan kepala air ketika memancing di Sungai Besut dekat Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Hulu Besut, Jertih, Ahad lalu, ditemui terdampar di tebing sungai, hari ini.

Difahamkan, mangsa Mohd Syarif Mohd Zulkifli, 13, ditemui tanpa pakaian dan hanya berseluar panjang di tebing sungai jam 12.20 tengah hari, kira-kira satu kilometer dari jarak dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Penolong Pengusa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan terdampar di tebing kira-kira 2.4 meter dari sungai.

“Alhamdulillah, selepas tiga hari SAR diadakan, akhirnya mayat mangsa ditemui lalu diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Jertih untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Ahad lalu, Mohd Syarif bersama adiknya, Mohd Safwan, 9, keluar memancing di atas batu di tengah sungai di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, ketika sedang memancing, secara tiba-tiba air sungai dikatakan naik mendadak dan datang kepala air berikutan pintu Empangan Jajar dibuka sehingga menenggelamkan batu tempat mangsa dan adiknya memancing.

Adik mangsa berjaya berenang ke tebing sungai dan berpaut pada akar kayu, manakala Mohd Syarif yang juga anak kedua daripada lima beradik dihanyutkan arus.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 6:10 PM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2018 01:07 PM | Show all posts

Lelaki hilang dihanyutkan kepala air



TAIPING 26 Dis. - Seorang lelaki berusia 24 tahun dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan kepala air semasa sedang berkelah bersama keluarganya di Air Terjun Burmese Pool, di sini hari ini.

Difahamkan, sebelum kejadian, M. Jastin yang mandi di sungai tersebut bersama lima ahli keluarga lain telah dikejutkan jeritan oleh pengunjung lain mengenai kehadiran kepala air.

Bagaimanapun, semasa hendak naik ke tebing, mangsa yang sempat berada di atas batu tidak dapat menyelamatkan diri apabila dihanyutkan arus deras kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas dimaklumkan pada pukul 4.30 petang.

Katanya, operasi pencarian turut dibantu 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Anggota bomba bersama agensi bantuan telah berpecah kepada dua kumpulan dan melakukan pencarian di permukaan air berikutan keadaan sungai yang deras dan hujan.

"Operasi pencarian masih lagi diteruskan dan jarak pencarian diperluaskan sehingga tiga kilometer bermula dari lokasi mangsa dihanyutkan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.127325 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list