CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1948|Reply: 8

Si Cilik Kaut Hampir RM100 Juta Setahun Hanya Dengan Review Permainan Kanak-kana

[Copy link]
Post time 10-12-2018 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Percayakah anda ketika usahawan Datuk Aliff Syukri mendedahkan beliau mengaut RM53 ribu daripada Google Malaysia hasil pendapatan Internet? Penulis antara orang yang mulanya skeptikal dengan amaun yang terlalu tinggi itu.




Kredit foto: newsini.com




Tetapi, senarai terbaru majalah Forbes mendedahkan personaliti Internet boleh mengaut pendapatan hingga berpuluh-puluh juta. Tahun ini, ranking pendapatan tertinggi adalah milik seorang kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun!


Uniknya, sumber pendapatan si cilik ini hanyalah daripada video-video yang mengulas tentang alat permainan kanak-kanak.



Kredit foto: Youtube




Ryan, 7, yang popular di saluran YouTube ‘Ryan Toy’s Review’ dianggarkan mendapat ASD22 juta (RM91 Juta) hasil akaunnya yang dikira dari Jun 2017 hingga Jun 2018.


Selain akaun tersebut, kelarga Ryan juga mempunyai sebuah akaun lain ‘Ryan’s Family Review’ yang menampilkannya bersama ibu bapa serta adik perempuan kembarnya.



Kredit foto: Youtube





Video Ryan menampilkan ulasan mengenai basikal, kostum, Lego, Play-Doh dan banyak lagi permainan lain. Ryan juga mempunyai lebih 17 juta penonton tetap. Ryan mula menyertai YouTube pada Mac 2015 dan jumlah tontonan kesemua videonya telah melebihi 25 billion! Hampir kesemua videonya mempunyai durasi sekitar 5 hingga 30 minit.



Kredit foto: Youtube




Hasil popularitinya, Ryan kini mampu mengeluarkan jenama permainan sendiri dipanggil Ryan’s World. Menurut ibunya, Ryan seorang yang gemar bersosial di sekolah dan popular kerana beliau suka menghiburkan kawan-kawannya dengan lawak jenaka.


Mampukah ibu-bapa di Malaysia pula memulakan saluran YouTube untuk anak mereka berjaya dalam dunia perniagaan dalam talian? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2018 11:06 AM | Show all posts
Kelebihan dia review tak memboringkan, sesuai untuk kanak-kanak dan semua lapisan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 11:16 AM | Show all posts
anak aku suka tengok channel ryan ni
kira pandai la dia review toys
takde macam boriiinngg macam instapemes kita
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 11:40 AM | Show all posts
anak aku antara yg mengkayakan dia

hari2 nak layan utube ryan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang 7 keturunan dah pasni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah besar mcm mana agaknya ya. Dah tak blh nak review toys.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-12-2018 05:51 PM | Show all posts
armin replied at 10-12-2018 05:20 PM
Bila dah besar mcm mana agaknya ya. Dah tak blh nak review toys.

Bila dah besar jadi macam Logan Paul pulak, buat prank video kot

Harap tabiat gan Paul tak berjangkit kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 08:45 PM | Show all posts
aku tunjuk kat anak aku, terus dia sebut ryan...hahaha..betapa femesnya budak ni walau pon anak aku umo 5 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2018 09:09 PM | Show all posts
Maksudnya kekayaan Ryan ini dari penonton kanak-kanak dia tu lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.406036 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list