Ariana Grande mengejutkan peminatnya apabila mengeluarkan sebuah lagu baru baru-baru ini sedangkan album terbarunya Sweetener baru sahaja mula dipasarkan bulan Ogos lepas. Lagu barunya bertajuk 'Thank U, Next' itu dikatakan mesej tersirat terhadap bekas tunangnya Pete Davidson.
Kredit foto: Bustle
Lagu baru Ariana yang mula dipasarkan bulan lepas itu susulan kelancangan Pete mempersendakan kisah cinta singkat mereka di Twitter dan rancangan komedi Saturday Night Live (SNL). Lirik lagu itu mengisahkan semua cerita cinta Ariana yang lepas termasuk dengan Pete di mana Ariana mengatakan beliau bersyukur walaupun perkahwinan mereka tidak berlangsung dan beliau mempelajari sesuatu daripada barisan mantan kekasihnya antaranya penyanyi Big Sean, penyanyi rap Mac Miller dan penari latarnya Ricky Alvarez.
Kredit foto: Capital FM
Pete dan Ariana pernah dipuji-puji media sebagai pasangan paling popular tahun 2018 tetapi malangnya hubungan mereka berakhir dengan singkat. Ariana selama ini tidak pernah bercerita di media mengenai punca perpisahan mereka, sebaliknya menyibukkan dirinya dengan promosi album baru dan konsertnya untuk Sweetener.
Kredit foto: Elite Daily
Pete bagaimanapun beberapa kali berlawak mengenai hubungan singkat mereka mungkin kerana kerjayanya sebagai ahli komedi SNL. Dalam promosi terbaru rancangan SNL bulan lalu, Pete melakonkan adegan melamar pelakon Maggie Rogers. Apabila Maggie menolak lamarannya, Peter berlawak 'oh, ini kali ketiga lamaranku ditolak, 3-0' katanya, mengaitkan hubungannya dengan Ariana.
Kredit foto: Page Six
Kredit Foto: Hyperbeast
Menurut sumber, Ariana tersinggung dengan lawak Peter tersebut dan menulis sebuah lirik sebagai balasan kebiadabannya. Untuk menambahkan lagi impaknya, Ariana mengumumkan penjualan lagu itu 30 minit sebelum rancangan SNL disiarkan. Selain menegur Pete, lirik lagu itu turut meluahkan rasa sedih Ariana terhadap kematian bekas teman lelakinya penyanyi hip-hop Mac Miller, yang dianggapnya 'malaikat yang baik'.
Kredit foto: Lirik cc
Di akhir rancangan SNL, Pete berkata dia berharap media tidak lagi memperkatakan kisah cinta mereka. 'Ariana seorang yang baik, kuat dan saya mendoakan dia akan mendapat kebahagian di masa depan' katanya.
Dalam pada itu, Ariana mengesahkan bekas teman lelakinya Big Sean dan Ricky Alvarez pernah mendengar lagu Thank U, Next sebelum dipasarkan.
Malah, menerusi satu temuramah bersama Billboard baru-baru ini, Ariana juga mendedahkan Pete turut pernah mendengar lagu tersebut sebelum kita semua mendengarnya. Wow! - CARI |