View: 5767|Reply: 40
|
[Dunia]
Pesta kahwin leluhur estet RM148j, Beyonce diterbangkan khas dari USA
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: Anak ahli perniagaan terkaya di India mencuri tumpuan apabila majlis praperkahwinannya diraikan dengan kemewahan luar biasa termasuk menjemput bintang pop, Beyonce yang diterbangkan khas untuk membuat persembahan.
South China Morning Post melaporkan, Isha Ambani, 27, yang berkahwin dengan seorang lagi anak ahli perniagaan terkaya, Anand Piramal, 33, diraikan penyanyi terkenal itu dalam konsert tertutup di Udaipur yang turut dihadiri tetamu terkenal termasuk Hillary Clinton, jutawan Arianna Huffington serta selebriti Bollywood.
Pada majlis praperkahwinan di lokasi mewah di hotel Oberoi Udaivilas itu, Beyonce menyanyikan beberapa lagu seperti Crazy in Love, Naughty Girl dan Perfect dan bertukar-tukar beberapa kostum seperti dilaporkan media India.
Kehadiran penyanyi tersohor itu sekali gus mengundang tarikan dunia terhadap perkahwinan serba mewah pasangan terbabit yang akan diadakan hujung minggu ini.
SHAH Rukh Khan dan isterinya Gauri antara yang membuat persembahan dalam acara praperkahwinan itu. - Agensi
Antara tetamu kenamaan lain termasuk pasangan pengantin baru, Nick Jonas dan Priyanka Chopra, pemain kriket India, Sachin Tendulkar, Ketua Eksekutif 21st Century Fox, James Murdoch dan bintang Bollywood yang juga pengantin baru, Ranveer Singh serta Deepika Padukone, selain Aishwarya Rai Bachcan.
ADVERTISING
Menurut Bloomberg, majlis praperkahwinan yang dijadualkan seminggu itu menelan belanja kira-kira AS$100 juta (RM418 juta).
Bapa Isha yang juga pengerusi syarikat minyak dan gas, Mukesh Ambani ialah individu ke-19 paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan AS $43.2 bilion (RM180 bilion), lapor Forbes.
Menurut media tempatan, lebih 100 pesawat disewa khas keluarga itu untuk menerbangkan tetamu mereka dari Lapangan Terbang Maharana Pratap, Udaipur.
Sebagai tanda terima kasih, ahli perniagaan itu turut menderma makanan yang boleh menampung keperluan 5,100 orang, selain menyediakan bazar yang mempamerkan 108 lukisan tradisional India, tembikar serta karya seni tempatan.
Majlis perkahwinan pasangan itu akan diadakan di sebuah istana mewah 27 tingkat di Mumbai dan bakal pengantin berkenaan akan mendiami kediaman bertemakan permata bernilai AS $64 juta (RM267 juta) di Mumbai.


 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The real crazy rich asians. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lah buat movie ala2 crazy rich Asians versi Bollywood |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya dpt tinggal kt istana tema permata lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar pengantinnya sis? nak la tengok. mesti lelawa baju2 ngantin dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
oOOO.ni yang rumah tingkat2 tu...fuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
asalnya nk jemput 4iman T1no sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
jangan harini kawen bulan depan cerai. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..rse cam baru baca pakcik kaya yg duk umh 27 tingkt tu..
tgk pics rupenya org yg same
|
|
|
|
|
|
|
|
Diberitakan kos wedding tu hampir setengah billion ringgit  |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu masih ramai rakyat India yang masih belum mempunyai tandas di rumah masing-masing.  |
|
|
|
|
|
|
|
berapa kak beyonce dibayar sis? |
|
|
|
|
|
|
|
ai rasa dlm range USD 1-2 jota berdasarkan bayaran private show dgn diktator2 donia. tp katanya dia kawan dgn pengantin pompuan, mungkin Kak Yonce bg diskaun adik beradik gituhh
|
|
|
|
|
|
|
|
So ni mesti ada kejadian joget2 sebijik palace lalu bergayutan dari chandelier ke chandelier gituh! |
|
|
|
|
|
|
|
Time bergayut2 tu tiba2 tercabut. Wat naya je... 
|
|
|
|
|
|
|
|
beyonce naik pesawat burok ke majlis perkahwinan

|
|
|
|
|
|
|
|
Jurang kaya dengan miskin kat India jauh betul |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah beliau
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|