Rakyat Malaysia dan makanan ringan (jajan) tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi, golongan kanak-kanak sehingga ada yang sanggup menyimpan wang saku hanya kerana ingin membeli jajan selepas waktu sekolah.
Malah, ada juga yang merengek dan menangis hanya kerana inginkan jajan. Begitu juga golongan dewasa, boleh menghabiskan beringggit-ringgit hanya kerana ingin membeli jajan kegemaran.
Biarlah, disebut "makanan tidak sihat, boleh memudaratkan kesihatan". Namun, tiada siapa peduli. Jajan sudah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi.
Untuk itu, bukanlah masalah kesihatan yang ingin dibahaskan atau kesan-kesan memakan jajan yang ingin diulaskan. Artikel kali ini hanyalah ingin mengimbau kenangan lalu.
Adakah anda masih ingat jajan apa yang anda suka suatu ketika dulu? Jom kita lihat antara jajan yang mengimbau kenangan waktu kecil anda.
Adakah jajan kegemaran anda tersenarai di bawah?
Keropok Tam Tam dan Mimi
Dari kanak-kanak hinggalah dewasa, keropok ini memang menjadi kegemaran. Rasanya masin, manis, lemak secukup rasa dan tidak terlalu berperencah pasti digemari sesiapa sahaja.
Popcorn Durian dan Super Ring
Masih ada yang suka dengan kedua-dua jajan ini?
Nyam-Nyam dan Nini
Kedua-dua jajan ini mempunyai cara makan berbeza. Jika anda pernah memakannya, pasti anda tahu bagaimana hendak memakannya bukan?
Wafer Krim Coklat Apollo
Selain Kek Apollo. Wafer juga antara paling digemari. Masukkan ke dalam peti sejuk, kemudian nikmatinya ketika sedang sejuk. Terbaik!
Ais Krim Malaysia
Ais Krim Malaysia, kegemaran seluruh rakyat Malaysia.
Ais Krim POP
Selain Ais Krim Malaysia, ini sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak terutama ketika pulang sekolah sesi petang. Namun, kandungan bahan dalam ais krim ini dikatakan boleh menjejaskan kesihatan seperti penyakit buah pinggang.
Ding Dang, JoJo dan TORA
Dapatkan mainan misteri bersama Ding Dang, Jo jo dan TORA. Ia menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa suatu ketika dahulu sebelum Kinder Joy memasuki pasaran. Rasa macam budak paling kaya kalau dapat beli Jojo!
Bubble Gum
Antara gula-gula getah kegemaran kanak-kanak. Yang pernah makan, ada rasa macam nak telan ke gula-gula getah ni? Masam, manis dan lembut. Sedap betul!
Gula-gula Bendera
Jika dulu, guru meminta membawa bendera Malaysia ke sekolah, pasti ramai kanak-kanak akan membelinya. Sudah habis makan gula-gula, barulah bolehlah kibar bendera.
Gula-gula Udang
Gula-gula lejen! Satu-satunya gula-gula yang mana gulungan plastiknya boleh dimakan. Kanak-kanak sekitar 80 atau 90-an pasti pernah merasai gula-gula ini. Kini, ia masih dijual, namun gulungan plastik yang boleh dimakan sudah tidak tersedia lagi.
Coklat Bento
Coklat susu dengan pelbagai perisa seperti coklat, ros dan kopi.
Coklat Angka 8
Siapa pernah jadikannya kaca mata atau topeng mata?
Haw Flakes
Haw Flakes masih wujud hingga kini. Namun, ramai yang membelinya sebagai bahan tamabahn untuk membuat kek atau biskut.
Coklat Lucky Cocoa Ball
Ada yang masih ingat bagaimanakah rasanya coklat ini?
Choki-Choki
Choki Choki masih menjadi kegemaran sesiapa sahaja sehingga ke hari ini.
HACKS
Kini Hacks mempunyai pelbagai perisa. Namun penulis masih sukakann HACKS bungkusan putih. HACKS, "Hanya Aku Cinta Kau Seorang". Untu anda pula, apakah maksud HACKS untuk anda?
NANO
"Nano....nanonanano..." Masih terngiang-ngiang lagu NANO! Suatu ketika dahulu, Nano sering juga diiklankan di kaca televisyen.
Biskut Ice Gem
Biskut lejen untuk anda yang tidak pernah mencubanya.
MAMEE
Dari keropok hinggalah dijadikan mi segera. Namun, penulis lebih menggemari keropok Mamee. Siapa setuju?
Gula-gula Tapak Kaki, Push Pop dan Sagun
Boleh dkatakan antara jajan kegemaran setiap kanak-kanak.
Apa kata anda? Adakah jajan kegemaran anda disenaraikan? Adakah jajan disenaraikan berjaya mengimbau zaman kecil anda? Jom kongsikan! Barangkali ada cerita melucukan yang terjadi di saat anda sedang menikmati jajan kesukaan anda. - CARI |