Amboi! Meghan Markle dilihat semakin berani melanggar protokol Diraja.
Penampilan Meghan di majlis British Fashion Awards di Royal Albert Hall, London, baru-baru ini mengejutkan orang ramai kerana ianya satu rahsia di mana pereka fesyen kegemarannya, Clare Waight Keller pun tidak tahu akan kehadirannya pada malam itu, lapor HarpersBAZAAR.
Duchess of Sussex itu tampil anggun dengan gaun hitam yang mendedahkan sebelah bahunya dengan rambut yang disanggul kemas.
Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian orang ramai apabila isteri kepada Putera Harry itu memegang perutnya.
Adakah anda lihat apa yang tidak kena dengan Meghan?
Kredit foto: Mirror/Getty
Ya! Dia mengenakan cat kuku berwarna gelap yang mana dianggap sebagai menentang etika diraja.
Ratu Elizabeth dilaporkan tidak menyukai cat kuku berwarna kerana kerana menganggap ia menjolok mata dan tidak beradab.
Difahamkan, Ratu mengenakan pewarna kuku dengan rona nude dari jenama sama yang hanya digunakan oleh diraja sahaja, iaitu Essie Ballet Slippers sejak 30 tahun dulu.
Kredit foto: Essie
Menurut Mirror, Meghan mengelak daripada menggunakan pengilat kuku ketika menjalankan tugas-tugas diraja sebelum ini dan mengenakan cat kuku berwarna nude ketika mengumumkan berita pertunangannya dengan Harry pada November 2017.
Kredit foto: Allure
Malah, ketika menyarungkan cincin pada jari Meghan di hari perkahwinan mereka, bekas bintang Hollywood itu dilihat memilih cat kuku dengan rona lembut merah jambu.
Kredit foto: Mirror/PA
Tetapi, apa sudah terjadi dengan Meghan hari ini? Dia kelihatan semakin berani mencabar protokol diraja! Apa agaknya reaksi Queen E ya? - CARI |