CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3380|Reply: 4

Pelayaran Di Halong Bay Yang Menakjubkan! Lokasi Wajib Jika Anda Ke Hanoi

[Copy link]
Post time 12-12-2018 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Percutian ke Hanoi tak lengkap  tanpa berkeliling kota, bermalam di Sa Pa atau berkeliling kapal di Halong Bay! Penulis ingin berkongsi pengalaman belayar di Halong Bay, sebuah destinasi popular di Daerah Quang Ninh, lebih kurang 175 km dari pusat bandar Hanoi.



Kredit foto: Vietnam Travel




Untuk melawat ke tempat ini, anda boleh menggunakan pengangkutan awam atau melalui ejen-ejen pelancongan yang banyak terdapat di sepanjang Bat Dam Street. Jika tidak bermalam (Tour 1 hari), penulis cadangkan anda menggunakan khidmat ejen kerana jarak perjalanan agak jauh dan anda akan mudah sesat jika berpergian buat pertama kali. Selain Tour 1 hari, ada juga tour yang lebih panjang termasuk bermalam di atas kapal dengan harga yang lebih mahal.



Kredit foto: Tour Radar






Mulanya penulis mendapat email tawaran harga tour USD35 (1 Day Return Tour) daripada hostel tempat penulis akan menginap tetapi rupa-rupanya travel ejen di sana menawarkan hanya yang lebih murah, hanya USD25. Sila tempah dengan ejen sehari sebelum tour. Perjalanan darat ke Halong Bay mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan satu hentian untuk tandas. Selepas sampai di pelabuhan Bai Chai, anda dan kumpulan akan dibawa ke kapal mengikut tempahan;


1. Traditional Vietnamese Dish



Kredit foto: Carian Google




Anda akan mula dihidangkan dengan makanan yang sudah termasuk dalam pakej sejurus selepas mengambil tempat. Sila pastikan anda meminta menu halal / vegetarian semasa membuat tempahan. Makanannya tidaklah terlalu memuaskan dan bukan buffet seperti yang diiklankan.


2. Bay Tour


Kredit foto: Carian Google




Seakan berada di dunia fantasi apabila melihat pulau-pulau kecil batu kapur yang mempesonakan muncul dari dasar laut. Rangkaian pulau batu kapur dan warna lautan yang kehijauan menghasilkan landskap yang tidak mungkin terlupakan. Di kejauhan, anda boleh melihat ribuan pulau-pulau kecil, satu latar yang sempurna untuk mengambil gambar buat jurufoto.


3. Floating Village



Kredit foto: Huang Hong Halong Cruise






Seperti suku Bajau Laut atau Palauh di Sabah, di Halong Bay juga ada komuniti kecil yang tinggal di perkampungan terapung. Pondok-pondok mereka dibina di atas perahu dan ketika angin kuat, rumah ini ditambatkan di antara batuan pulau. Kehidupan seharian mereka termasuklah menjadi nelayan yang tahan lasak menyelam. Ketika berada di sana, penulis menyaksikan sendiri seorang remaja menyelam ke dasar laut tanpa peralatan untuk mencari telefon bimbit seorang pelancong yang terjatuh.

4. Kayak / Boating

Kredit foto: Halong Bay Tour




Pengalaman berkayak sememangnya tidak dapat dilupakan kerana pemandangan menelusuri batuan yang unik. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak pernah berkayak sebelumnya, elakkan berkayak ketika cuaca berangin atau arus deras kerana beberapa insiden kayak terbalik berlaku ketika lawatan penulis.

5. Gua Thien Cung



Kredit foto: Oriental Sails




Terdapat 5 gua batu kapur yang utama di Halong Bay. Uniknya gua-gua ini terletak di dalam pulau batu kapur. Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Tour yang disertai penulis telah memilih Gua Thien Cung (Paradise Cave), sebuah gua yang kelihatan seperti muzium seni dengan stalaktit dan stalagmit yang memukau, ditambah dengan lampu warna-warni yang dipasang di dinding gua.


Untuk tour 1 hari, semua aktiviti akan diselesaikan sebelum jam 4 petang dan kapal kembali ke pelabuhan untuk bas yang akan menghantar anda ke hotel masing-masing. Sekiranya inginkan tour yang lebih panjang, terdapat tour 2 atau 3 malam di mana anda akan tinggal dalam kabin dan menyertai aktiviti malam seperti belajar masakan tradisi, memancing dan mencandat sotong.

Yang pasti, pengalaman belayar mengelilingi Halong Bay tidak boleh dilepaskan dalam itinerari percutian anda ke Hanoi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2018 05:46 PM | Show all posts
Magical place
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2018 01:37 PM | Show all posts
lepas menang aff, ekor harimau malaya boleh la melencong ke sini eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah naik train ke Sa pa, dan naik cruise 1 malam kat haling bay. Mmg tak rugi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:15 PM | Show all posts
wah cantiknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.117857 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list