Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam ke atas suspek yang menikam jirannya hingga mati.
Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurut BEERNAMA, wanita yang maut ditikam jirannya di Batu 16, Rawang kelmarin, dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati kerana suspek sering ditegur mangsa.
Kredit foto: Sinar Harian
Difahamkan, mangsa dan suspek sebelum ini pernah beberapa kali bertengkar atas pelbagai isu.
Tidak tahan sering ditegur mangsa, suspek bertindak menyerbu masuk ke rumah dan menikam jirannya itu hingga mati.
“Ujian air kencing terhadap suspek lelaki berusia 49 tahun itu juga didapati positif dadah,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.
Media kelmarin melaporkan, dalam kejadian itu Yap Choon Mooi, 41, maut ditikam di dada, manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61, cedera di perut. - CARI |