Datin Azrene Ahmad atau nama penuhnya Azrene Soraya Abdul Aziz bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada selebriti Dato' Fazley Yaakob, malah beliau turut dikenali sebagai anak kepada isteri bekas Perdana Menteri, iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.
Datin Azrene dan anak bongsunya. - Sumber foto: IG Azrene Ahmad
Seperti yang telah beliau kongsikan di laman instagram beliau tak lama dulu, hubungannya dengan Datin Seri Rosmah sudah terputus serta perkahwinannya dengan Dato' Fazley dihalang keluarga. Majlis perkahwinan beliau dibuat serba sederhana dek kerana itu.
Majlis perkahwinan Datin Azrene dan Dato' Fazley pada tahun 2006 yang lalu. - Sumber foto: Carian Google
Oleh itu, baru-baru ini, Datin Azrene telah melangsungkan majlis persandingan semula dengan suaminya. Beliau tampil cantik dengan busana putih hasil rekaan Fizi Woo yang ringkas dan elegan.
Berikutan itu, beliau memuat naik status di instagram, berkenaan persandingannya dengan Dato' Fazley ketika hari perkahwinan mereka pada tahun 2006 yang lalu.
Menurutnya, baju pengantinnya telah dicuri serta dicarik-carik. Oleh itu beliau terpaksa memakai baju lain yang tidak siap sebagai ganti. Datin Azrene bersengkang mata menjahit sendiri manik dan busana pengantinnya pada malam sebelum hari perkahwinannya sambil berlinangan air mata.
Berikutan itu, pengikut-pengikut laman instagram beliau meninggalkan komen-komen positif serta mendoakan kebahagiaan rumahtangga beliau. Mereka turut merasa sedih membaca cerita beliau.
Foto-foto sekitar majlis Persandingan Semula Datin Azrene Ahmad dan Dato' Fazley Yaakob.
Datin Azrene bersama suami dan empat orang anak mereka.
Sumber foto: IG Azrene Ahmad
Bukan senang nak harungi hidup setelah terputus hubungan dengan keluarga sendiri. Apa-apa pun, semoga rumahtangga Datin Azrene dan Dato' Fazley kekal bahagia sampai ke syurga. - CARI
|