CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 14

[Tempatan] Rayuan Rafizi kepada KJ : 'Kekallah dalam Umno, KJ'

[Copy link]
Post time 14-12-2018 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Saudara Khairy,

Saya pasti saudara menerima banyak mesej hari ini.

Saya memilih untuk menghantar mesej yang terbuka kerana kita ada tanggungjawab untuk bercakap secara terus-terang.

Walaupun berita anggota parlimen Umno keluar parti beramai-ramai ini sudah berlegar buat seketika, ia tetap mengejutkan.

Saya faham kesannya kepada saudara dan rakan-rakan saudara dalam Umno kerana kami sendiri pernah melalui ketika ia berlaku kepada PKR pada 2010 dulu.

Sudah tentu ada yang menuduh saya menjadi penyokong Umno sekarang hanya kerana saya menyebut “saya faham kesannya kepada saudara”.

Tidak ada pemimpin yang sayangkan partinya dan perjuangan yang diangkat oleh partinya, tidak berasa terkesan apabila wakil rakyat (yang menang atas tiket partinya) keluar parti.

Bukan atas alasan prinsip atau berbeza pandangan mengenai dasar yang pokok, tetapi kerana menjadi pembangkang (setelah sekian lama menjadi kerajaan) tidak semudah semasa menjadi kerajaan dulu.

Pastikan rakyat sentiasa terjaga

Tujuan saya menulis surat kepada saudara ialah untuk meyakinkan saudara supaya kekal dalam Umno kerana saya percaya rakyat dan negara memerlukan barisan pembangkang yang cekap, cerdik, jujur, amanah dan ikhlas.

Sebuah kerajaan yang terlalu kuat kerana pembangkangnya lemah akan terdorong ke arah pelbagai salah guna kuasa. Kita sudah melaluinya selama 61 tahun.

Kekalahan Umno (walaupun perit kepada pemimpin dan penyokongnya) memberi peluang kepada parti itu melalui pembaharuan.

Saya berdoa Umno menginsafi segala masalah lalu yang menyebabkan ia ditolak rakyat dan kembali untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sejujurnya.

Saya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan meranapkan mana-mana parti pembangkang.

Saya mungkin tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan tindakan atau pendapat parti-parti pembangkang, tetapi saya menghargai peri pentingnya parti pembangkang yang berkesan untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Beberapa hari, minggu dan bulan yang mendatang mungkin mendung buat saudara dan sahabat-sahabat yang ikhlas ingin membantu rakyat atas landasan Umno.


Tetapi percayalah, jika saudara berpegang kepada niat untuk berkhidmat dan membela rakyat, pemergian mereka yang meninggalkan Umno ini akan menguatkan Umno.

Namun ia dengan syarat pemimpin Umno yang kekal mesti takut kepada Allah, menolak rasuah, menyeru ke arah persaudaraan rakyat pelbagai kaum yang membina, berjiwa progresif yang menggalakkan - bukan menidakkan - berkata benar dan betul-betul menjiwai rakyat.

Saudara menjadi harapan ramai orang muda yang mahu melihat politik Malaysia yang lebih baik dan mendamaikan pada masa hadapan.

Untuk itu, saudara perlu kekal dalam Umno dan terus bersuara agar parti saudara menjadi pembangkang yang berkesan.

Saya akan dimaki kawan dan lawan kerana berpandangan begini. Tetapi itu peranan orang yang berjiwa bebas seperti kita, supaya ada orang yang terus bersuara walaupun pahit.


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara.

RAFIZI RAMLI ialah bekas naib presiden PKR dan bekas anggota parlimen Pandan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rapiji tak nak masuk UMNO ker....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 07:05 AM | Show all posts
Apa bangang rafizi mau takut khairy dungu masuk ppbm plak ? Tak nampak ka dia tengah gigih nak jadi presiden umno ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Salute to mr rafizi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
saya sokong rapizi
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:34 PM | Show all posts

i sokong u sbb sokong rafizi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah hanya jawatan dan wang ringgit yg dikejar  .  Jadilah manusia yg mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup aje umno. semua masuk bersatu atau pas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
creep_bite replied at 14-12-2018 11:54 PM
Rapiji tak nak masuk UMNO ker....

Plot twist
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:10 PM | Show all posts
Perlu check and  balance, jadi kena ada pembangkang. Baru berkesan harapnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:15 PM | Show all posts
Kenapa ramai tetiba ramai ahli Parlimen yang keuar parti ek, bukan ADUN
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 02:19 PM | Show all posts
aku rasa nama UMNO dah rentung, susah nak pulihkan. Bubar ajelah, develop parti baru. Lama2 UMNO akan hilang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong Rafizi. Lain bicaranya mereka yang wibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 08:49 PM | Show all posts
jadilah mcm Jack dan Rose sehingga kapal titanic karam mereka kekal bersama .
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada yg terus kekal dalam UMNO hingga hayat dikandung badan. Emak kepada Allahyarhamah Hajah Ilani pesan kat anak2 buah dia supaya terus kekal pelihara umno.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.205938 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list