View: 4258|Reply: 63
|
[Tempatan]
Edisi Betul atau Tidak ? 'Tiada lagi kuota haji buat menteri, Ahli Parlimen'
[Copy link]
|
|
AIMAN SADIQ ABDULLAH
15 DISEMBER 2018
'Tiada lagi kuota haji buat menteri, Ahli Parlimen'
Fuziah bersama agensi yang terlibat pada Majlis Dialong bersama Kawasan Rukun Tetangga Parlimen Kuantan di sini, semalam.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KUANTAN - Kerajaan PH memutuskan tiada lagi kuota haji khas buat menteri dan Ahli Parlimen bagi memastikan ketelusan di samping kuota itu adalah milik rakyat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, akibat kuota khas yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu mengakibatkan ramai jemaah yang layak khususnya warga emas tidak dapat menunaikan haji.
"Bayangkan kerana nak menjaga kedudukan politik menyebabkan jemaah yang layak dan mempunyai cukup duit untuk pergi haji perlu menunggu (waiting list) sehingga 100 tahun.
"Kita mempunyai kuota haji sebanyak 30,200 dan bila dahulunya sebahagian besar kuota telah dimiliki oleh menteri dan Ahli Parlimen, maka kuota mereka yang layak hanya tinggal sedikit sahaja.
"Sebab itu ramai orang tua tidak dapat pergi haji dan disebabkan itu tiada lagi kuota untuk menteri dan Ahli Parlimen dan juga tiada surat sokongan kerana kesemua kuota itu semua untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Dialong bersama Kawasan Rukun Tetangga Parlimen Kuantan di sebuah hotel, di sini, semalam.
Fuziah berkata, tindakan ini telah pun dilaksanakan di mana jemaah yang pergi menunaikan haji pada tahun ini merupakan mereka yang sememangnya layak dan kuota haji telah pun menjadi sepenuhnya milik rakyat.
Dalam pada itu, Fuziah juga tidak menafikan terdapat segelintir menteri dan Ahli Parlimen yang menggunakan kuota tersebut demi mencari keuntungan buat diri mereka.
Menurutnya, perbuatan ini tidak seharusnya berlaku kerana kuota haji merupakan hak jemaah yang layak dan tidak sepatutnya kita mengambil hak itu untuk kepentingan peribadi.
"Kalau mereka jual kuota tersebut kepada syarikat swasta, mereka mampu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat sahaja," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah macam tu ... kesian orang kampung nak pergi haji susah dapat kuota ... menteri plk duduk hotel 5star hotel ... membazir je ... pulak tu dah banyak kali pergi haji ... perangai pun sama je ...tak berubah .. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak meols dah umur 65 pon blom panggil lg.duit dah lama lebih dr cukup....dulu 1emdibi dapat jugak kota haji htr ketua kampung yg ntah brp kali dah poie...demm |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yang dah pergi haji tu..tolonglah bertimbang rasa sikit.. tak payah lah pergi dua tiga kali..pergi je lah umrah..setahun tiga empat kali pun..pergi lah .
walaupun mungkin kata..dah rezeki orang tu..
pergi haji dua tiga kali |
|
|
|
|
|
|
|
noqiz replied at 15-12-2018 09:07 AM
siapa yang dah pergi haji tu..tolonglah bertimbang rasa sikit.. tak payah lah pergi dua tiga kali..p ...
Kannn.....
Mcm tak rasa bersalah je...
Bangga bgtau ni kali ke berapa dia pergi haji..... |
|
|
|
|
|
|
|
noqiz replied at 15-12-2018 09:07 AM
siapa yang dah pergi haji tu..tolonglah bertimbang rasa sikit.. tak payah lah pergi dua tiga kali..p ...
Ummah meleis tipikal noks kalo boleh nak pegi tiap2 tahun ala2 balik kg halaman gittew..kosset |
|
|
|
|
|
|
|
org kaya kan. sokmo la rindu nk bertandang lagi. sambil sefie depan kaabah sambil pegang kertas, "saya doakan semua follower saya diberi rezeki utk berada disini" elhamdulillah sy telah doakan semua pesanan yg diamahkan kepada sy di depan kaabah tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokong..xde kelebihan buat menteri utk pg haji..sume samarata |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sgt2... Kuota haji menteri tu kdg2 bg kat kwn2 dan adikberadik depa yg tiba2 terasa nk pi haji. Kdg2 pi x buat persediaan apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang2 Muslim di USA ni kalau sudah pergi haji dlm masa 3 tahun yg lepas dan nak pergi lagi kementerian Haji sini akan kenakan extra fees.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada adik or abang lelaki kerja askar boleh buat rayuan dgn Tabung Haji. Sebabnya adik sdri boleh menjaga kebajikan emak sdri sepanjang di sana. Buatlah surat rayuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
baguslah ---
saya daftar 2008 tak silap ----- katanay akan pergi 2024
harap2 dapatlah dipercepatkan
malas nak rayu2 ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya elok jugak macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ini tak adil, kalau menteri islam dapat 50 kuota pi haji, menteri kafer pun mesti dapat 50 kuota pi haji.
baru la icerd.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai. Banyak tak boleh pergi. Banyak kuota bagi ahli pelemen.
For crying out loud what are the numbers?
Jumlah kuota 30,200. Muassassah berapa. Travel agent berapa. Ahli pelemen berapa.
Cakap biar terang la woi. |
|
|
|
|
|
|
|
Why not tok sah benarkan pi dua kali langsung melalui tabung haji, kesemua kuota ittew hanya utk yg tak pernah buat haji lagi je .....buat sekali dah, lepas tu bagi la kat org yg tak pernah pi lagi , baru lah cepat yg tak pernah pi dpt peluang utk pi kannn.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi Dulu Dulu Tu Allah tiap tiap tahun jemput ahli politik Jadi tetamu Allah? Orang miskin dan marhain payah nak jemput. Makes you wonder di mana keadilan Allah. Pilih kasih? |
|
|
|
|
|
|
| |
|