CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4283|Reply: 75

[Tempatan] Siapa akan jadi pembangkang jika semua ‘lompat’ parti, soal Wee.

  [Copy link]
Post time 15-12-2018 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-12-2018 07:09 PM

Siapa akan jadi pembangkang jika semua ‘lompat’ parti, soal WeeFMT Reporters -

December 14, 2018 3:20 PM


Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, pembangkang yang kuat adalah peraturan nombor satu dalam demokrasi.



PETALING JAYA: Pengerusi MCA hari ini mempersoalkan perkembangan segelintir pihak yang “melompat” ke parti kerajaan sebagai sesuatu yang membimbangkan.

Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika semua yang kini berada di pihak pembangkang bertindak menyertai kerajaan, maka siapakah yang akan memainkan peranan pembangkang?

“Siapakah yang akan menjadi suara rakyat di Parlimen dan di luar untuk memikul tanggungjawab memeriksa tindak-tanduk kerajaan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Wee, demokrasi berkembang sekiranya wujud sistem 2 parti yang memainkan peranan semak dan imbang.


Sebelum ini, seramai 36 Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, senator dan pemimpin kanan Umno Sabah bertindak keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Media melaporkan mereka bertindak demikian kerana tidak yakin dengan hala tuju parti itu di peringkat kepimpinan pusat.

Mengulas lanjut, Wee berkata, dengan wakil rakyat Sabah daripada parti kerajaan dan Bebas melebihi majoriti 2/3, maka mereka telah meminda perlembagaan negeri itu bagi membolehkan gabenor negeri berkhidmat melebihi 2 penggal.


“Bagaimanakah langkah ini memberi manfaat kepada rakyat?

“Bagaimanakah langkah ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang bertujuan mengehadkan tempoh (perkhidmatan) mereka yang berkuasa?” katanya.

Atas sebab itu, kata Wee, amat penting wujudnya barisan pembangkang yang kuat.

“Ini adalah peraturan nombor satu dalam demokrasi.”




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2018 11:08 AM | Show all posts
Saya tidak pastilah apa perjuangan sebenar mereka yang lompat pati semua ni!

Nampak sangat seperti tiada pegangan hidup didalam politik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 11:10 AM | Show all posts
pengkhianat je lompat parti, samdol jijik je terima pengkhianat join parti dorang.

hari ni khianat sini, esuk khianat sana plak

anjing makan taik, tetap cari taik gak





Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 11:13 AM | Show all posts
pelompat2 parti ni bacol -- tak ada pegangan .. tak ada stance ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan ramai yg dh lompat..

Teori aku, dh ramai nanti mst ada gado pastu ada yg kuar. Parti mana aku xtau. So yg kuar tu pembakang la
sori just teori bodo bodo aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 11:13 AM | Show all posts
keluar parti sebab hilang projek

manusia2 camni yg mahachai2 PH bangga2kan

dorang dah tentu dapat hasil, korang??

telur naik rm13 sepapan pun, mengelupur tak cukup duit nak beli

bodoh.




“Pertama, hilang punca pendapatan terutama bagi mereka yang mengharapkan projek kerajaan. Kedua, tiada peruntukan untuk menjaga kawasan.

“Ketiga, tidak mahu didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), polis, Peguam Negara dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sah2 la ahli umno ni mmg jenis gila kuase.. kalau dah tak ngam ngan presiden umno, tukar presiden. Bukan tukar parti. mcm mana la nk ada check and balance kalau semua bersetongkol nk jadi gov. Baik mcm dulu. At least pkr & dap strong pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 15-12-2018 11:08 AM
Saya tidak pastilah apa perjuangan sebenar mereka yang lompat pati semua ni!

Nampak sangat sepert ...

Saya percaya  'SESANGATLAH.....' dgn PH pimpinan Mahathir...mentadbir dan mengurus negara...maka dgn itu pembangkang tidak diperlukan kerana mereka hanya memekak sahaja.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa undi presiden, bodoh dan bacul tak buat betul2. Sekarang sibuk lompat parti. Manusia lompat parti ni paling tak guna. Tikam belakang dan selfish. Ph kalau ambik, memang la jadi tak berkualiti nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 15-12-2018 11:44 AM
Dah sah2 la ahli umno ni mmg jenis gila kuase.. kalau dah tak ngam ngan presiden umno, tukar preside ...

Tak perlu check N balance....dibawah kepimpinan Tun Mahathir dan PH......'SEMUANYA SELAMAT'....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:03 PM | Show all posts
buang masa korang je pergi mengundi, ada yg keluar parti jadi bebas, ada yg lompat parti, pemimpin sekarang lebih kepada menjaga perut sendiri daripada menjaga rakyat. bercakap bohong, talam dua muka, itulah ciri ciri orang munafik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:03 PM | Show all posts
nak cipta pembangkang senang je masukkan najib dan zahid komedi dalam ISA, nanti reformasi 2.0 sama macam proton 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 15-12-2018 11:44 AM
Dah sah2 la ahli umno ni mmg jenis gila kuase.. kalau dah tak ngam ngan presiden umno, tukar preside ...

Betul. Kan bagus kalau setia dan berjuang untuk visi dan misi parti tu. Bukan masuk sebab duit. Kalau tukar2 kerajaan pon bagus. Lama sangat pegang jadi macam umno. Buta mata kerana duit dan kuasa. Habis anak beranak pegang. Ni kalau ph tak betul sebab lama pegang kuasa, pembangkang nye semua dah lompat ph.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 15-12-2018 04:04 AM
Betul. Kan bagus kalau setia dan berjuang untuk visi dan misi parti tu. Bukan masuk sebab duit. Ka ...

Tu la. So sampai bila kita boleh ada gov yg betul2 telus kalau mcm ni. Kita sokong parti regardless calon sbb nk tukar kerajaan. In the end.. sama je rupa nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:12 PM | Show all posts
betul ape yg die ckp ni..klu semue berpihak kpd gov, sape plak yg akan check & balance gov skang..  sedih tgk pemimpin mcm ni.. klu lh blh buat election balik, semua yg lompat parti ni kite pilih semula, biar bg org yg betul2 boleh represent rakyat utk jd mp.. politik yg sgt kotor.. demi survival masing2
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg sedih....dh rakyat memang BUAH CATUR ahli politik untuk dapatkan KUASA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya sepet. Mana ada semua lompat ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelompat dan yg menerima pelompat adalah sama2 xda pendirian dlm politk..
Apasalah nya duduk dlm pembangkag kalau awak betoi2 pjuang plitik
Kita mmg prlu pmbangkang untk tegur kerajaan...tp itulah kuasa kuasa2
Hilang jati diri..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nazri, abg bung, shahidan, jamal keluar umno, nnti ak undi bn.Ahmad maszlan ok lg kot, jenis lurus je, mcm xmkn duit je. Ke penaakulan ak slh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 01:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086353 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list