CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 19

[Jenayah] Edisi Tahniah : nik omar bos YADIM skrg

  [Copy link]
Post time 15-12-2018 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dan macai terus terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup seperti biasa
Masih lg nak kata tak apa?
Masih lg nak bersorak gembira sebab bn jatuh? umno lumpuh?
Ntah apa yg korang dapat pun tak tau la

PUTRAJAYA 14 Dis. - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengumumkan pelantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai Yang Dipertua Ke-13 berkuat kuasa 1 Disember lalu.

Yadim dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelantikan seorang lagi tokoh pendakwah bebas, Zolkharnain Abidin sebagai Timbalan Yang Dipertua berkuat kuasa dari tarikh sama.

"elantikan mereka adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan Yadim yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua Yadim dan Timbalan Yang Dipertua Yadim adalah di bawah keputusan Perdana Menteri.

"Kedua-dua mereka akan memegang jawatan berkenaan selama tempoh dua tahun," jelas kenyataan itu, hari ini.

Menurut Yadim, pelantikan Nik Omar adalah bagi menggantikan Dr. Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober, manakala Zolkharnain menggantikan Mohd. Zaidi Ramli yang bertukar ke Jabatan Agama Negeri Sembilan.

"Dengan pelantikan itu, Ustaz Nik Omar kini menjadi Yang Dipertua Yadim ke-13 sejak penubuhan badan dakwah ini pada 1974," jelasnya.

Yadim adalah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Yadim ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah yang pelbagai di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki tu Allah yg tentukan...tak payah la sombong nak menghukum.

Aku tengok yg tersepit betul tu ahli2 PAS yg dapat jawatan dr lantikan politik penggal lepas....betul2 hina nak hidup susah sampai jual tanah pusaka. Punca satu je PAS member tak kuasai ekonomi utk provide job pada ahli mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kira lantikan politik ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Elated replied at 15-12-2018 05:29 PM
Ni kira lantikan politik ke tak?

Ko rasa.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 05:48 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan NIK Omar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lantikan utz nik omar dpt menyatupadukan keluarga almarhum tgna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2018 10:32 PM | Show all posts
baru je baca keluarga diorg bergocoh psl sekolah agama apatah kat kelantan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 16-12-2018 10:32 PM
baru je baca keluarga diorg bergocoh psl sekolah agama apatah kat kelantan tu.

Aku tak fhm.pasai ape family nik azis ni cam benci sggh nik omar.. pdhl dua dua lobai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 10:43 PM | Show all posts
Buritan replied at 16-12-2018 10:39 PM
Aku tak fhm.pasai ape family nik azis ni cam benci sggh nik omar.. pdhl dua dua lobai

engko neh baru keluar gua ke?nik omar ni anak  nik aziz yg menderhaka kepada ibunya sbb ingkar.keluar pas masuk pan ..bertanding tapi kalah la jua
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 16-12-2018 10:43 PM
engko neh baru keluar gua ke?nik omar ni anak  nik aziz yg menderhaka kepada ibunya sbb ingkar.kel ...

Itu aku tau.. tp bg aku laa.. relaxlaa setakat parti bangang tuu jahh.. aku bab parti openn.. ikutlaa ko nak masuk mana.. yg aku tak fhmm ni satu family cam nak hukum dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-12-2018 10:39 PM
Aku tak fhm.pasai ape family nik azis ni cam benci sggh nik omar.. pdhl dua dua lobai

Keluarga atgna ni brutal..nk lawat kubor arwah pn dorg pi tahan dgn lori
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:50 PM | Show all posts
oh baguslah tengok tengokkan sama pernyataan si Khalid ni  dan pemimpin PH yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 10:51 PM | Show all posts
Buritan replied at 16-12-2018 10:45 PM
Itu aku tau.. tp bg aku laa.. relaxlaa setakat parti bangang tuu jahh.. aku bab parti openn.. ikut ...

ntahla.aku tgk ank2 bekas presiden pas mcm yusuf rawa ,fadzil noor aman2 je masuk pan.mungkin sblm meninggal nik aziz tak bagi ank2 dia tinggalkan pas kot?tu yg rengse semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-12-2018 10:39 PM
Aku tak fhm.pasai ape family nik azis ni cam benci sggh nik omar.. pdhl dua dua lobai

Yang akak tgk itu hari dorang bantah dgn Nik Buduh ... kes apa tah ....family yg uruskan sekolah tu tak setuju Nik Buduh buat sekolah mcm ria punya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 16-12-2018 10:49 PM
Keluarga atgna ni brutal..nk lawat kubor arwah pn dorg pi tahan dgn lori

Adoii teruknyaa... islam kah ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 16-12-2018 10:51 PM
ntahla.aku tgk ank2 bekas presiden pas mcm yusuf rawa ,fadzil noor aman2 je masuk pan.mungkin sblm ...

Itulaa. Biasalaa lompat pati sana sini sinun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 16-12-2018 11:07 PM
Yang akak tgk itu hari dorang bantah dgn Nik Buduh ... kes apa tah ....family yg uruskan sekolah t ...

Aku rasalaa mesti bab duit kott..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2018 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah uno
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 06:07 AM | Show all posts

Masing masing ilmu akhirat cukup tinggi tapi memutuskan silaturahim sesama adik beradik. Mak pun satu ikutkan sangat rasa hati.

Apa apa pun taniahk kpd Nik Omar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nik Omar mulakan tugas sebagai Yang Dipertua YADIM

Share



Tweet



Share

PUTRAJAYA: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz memulakan tugasnya secara rasmi, hari ini, bersama dengan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Zolkharnain Abidin.

Kedua-dua mereka tiba di ibu pejabat YADIM di sini, pada jam 9.45 pagi dengan disambut barisan kepemimpinan YADIM sebelum mengetip kad perakam waktu untuk kali pertama.

Mereka kemudian diberikan taklimat oleh Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Redhaudin Kamaruzaman dan Pengurus Besar Operasi YADIM, Mohd Fuad Samsudin.

Nik Omar adalah Yang Dipertua YADIM yang ke-13 sejak badan dakwah itu ditubuhkan pada 1974, bagi menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh jawatannya pada 31 Oktober lalu.

Pelantikan Nik Omar yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Zolkharnain diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf pada 14 Disember lalu, mengikut Klausa 8(c) Perlembagaan YADIM yang memberi kuasa pelantikan Yang Dipertua YADIM serta timbalannya kepada keputusan Perdana Menteri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.088015 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list