View: 1691|Reply: 8
|
[Dunia]
Simpan mayat dalam sofa
[Copy link]
|
|
Moscow: Seorang lelaki membunuh kekasihnya pada sambutan hari jadinya yang ke-25 baru-baru ini sebelum menyimpan mayatnya selama empat hari, malah menyoroknya dalam katil sofa setiap kali dia keluar rumah.
Evgeny Malakhov dipercayai menikam mati Marina Abdulina, 31, ketika pertengkaran yang bertukar ganas di rumahnya di kawasan perindustrian Sverdlovsk Oblast, Russia.
Ketika keluar rumah, dia menyorok mayat Marina di dalam katil sofa berkenaan, namun mengeluarkannya jika dia berseorangan di kediaman itu, lapor The Metro. Penyiasat kini menyiasat sama ada dia melakukan sesuatu pada mayat itu setiap kali dikeluarkan.
Kejadian itu disedari selepas rakan baik Marina, Olga Zudova, risau apabila langsung tiada khabar berita ibu beranak dua itu selepas beberapa hari.
“Dia hilang begitu saja, dan langsung tidak menjawab panggilan atau pesanan ringkas saya. Saya tahu sesuatu tidak kena lalu menghubungi pihak berkuasa,” katanya.
Ibu Malakhov juga mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya malah bersemuka dengannya mengenai Marina, lapor The Mirror.
“Dia mula bertanya pelbagai soalan sebelum Malakhov dengan tenang mengaku membunuh Marina dan menyumbatnya dalam sofa. Maksudnya, sepanjang tempoh itu dia memang tinggal bersama mayat Marina,” kata Olga.
Malakhov kini berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa atas tuduhan membunuh Marina.
Dia sebelum ini pernah dipenjara setahun kerana memukul Marina, yang diselamatkan selepas anak perempuannya yang ketika itu berusia 11 tahun berjaya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapat bantuan.
“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya,’” kata Olga.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Disember 2018 @ 7:19 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerana sayang, nyawa hilang |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah cinta.. taik pn rasa cekelet.. ni la padahnya.. tak busuk pla simpn mayat dlm sofa tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pernah kena belasah pon still nak bersama 😒 cinta  Itu buta 😔 |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Berulang kali saya cuba memujuk Marina meninggalkan Malakhov. Namun setiap kali dia menjawab ‘Saya sayangkannya,’” kata Olga.
skrg dah kehilangan nyawa..y paling kesian anak2 dia tu lah...
sbb tu jgn jadi bodoh kerana cinta.. ingt anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
necrophilia?! |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah rusia saiko2. Kalau movie rusia pun saiko dia tak tercapai dek akal |
|
|
|
|
|
|
| |
|