View: 1998|Reply: 6
|
Throwback! Perkara Viral Yang Berlaku Sepanjang Tahun 2018. Mana Paling Best?
[Copy link]
|
|
Masa berlalu dengan pantas dan tahun 2018 sudah hampir ke penghujung. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2019. Azam anda sudah dilunaskan? Tidak mengapa, boleh dibawa ke tahun 2019.
Tahun 2018 diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang seringkali menjadi viral kemudian lenyap ditelan waktu. Ada juga peristiwa yang bersejarah ataupun boleh diklasifikasikan sebagai berprestij namun rasa seperti tidak pernah terjadi? Anda juga merasakan begitu? Jom kita tengok apakah peristiwa dan perkara viral yang pernah terjadi pada tahun 2018.
1. Olimpik Musim Sejuk diadakan pada tahun ini!
Macam tak percaya tahun ini ada sukan Olimpik. Olimpik 2018 diadakan di PyeongChang, Korea Selatan. Malaysia memperoleh tiada pingat melalui pesta sukan ini.
2. Piala Dunia
Bagi peminat bola sepak, Piala Dunia yang berlangsung 4 tahun sekali ini telah diadakan di Rusia. Perancis telah menjuarai piala dunia pada tahun ini mengalahkan pasukan daripada Croatia. Penulis rasa macam tak pernah berlangsung pula pesta Piala Dunia ini.
3. Laurel VS Yanny
Jika pada tahun sebelum ini perdebatan mengenai warna baju 'dress' biru atau kuning menjadi viral. Pada tahun ini isu mengenai suara berbeza didengari melalui satu klip video yang sama telah menjadi tular di media sosial. Ada yang mendengar perkataan laurel, dan sebaliknya iaitu yanny. Mengikut pakar,orang yang mendengar perkataan Yanny mempunyai usia telinga yang lebih muda berbanding yang mendengar perkataan laurel.
4. Ke ke Challenge (In my Feelings Challenge)
Pada asalnya ianya merupakan lagu nyanyian Drake, kemudian menjadi 'challenge' untuk orang ramai termasuklah artis Malaysia. Menari di sisi kereta yang tengah berjalan perlahan mendapat kritikan hebat setelah banyak yang ditimpa kecelakaan ketika melakukannya. Anda ada buat?
5. Flaunt Your Wealth Challenge (Falling star challenge)
Cabaran ini juga telah tular di Malaysia terutamanya di kalangan pengusaha kosmetik, insta famous dan tak kurang juga netizen. Masing-masing membuat gaya terjatuh dari tangga, kereta dan barang mewah kepunyaan mereka berselerak di atas lantai atau jalan. Ianya kemudian menjadi bahan gurauan apabila netizen memperagakan barangan selain barang mewah.Gigih!
6. Optical Illusion Challenge
Internet terutamanya twitter menjadi medan perdebatan sekali apabila sebuah gambar yang agak mengelirukan muncul di media. Gambar seorang lelaki berpelukan dengan wanita tetapi imej tersebut agak mengelirukan walaupun diamati banyak kali. Pening juga penulis tengok!
7. Kylo Ren Challenge
Jika anda pernah menonton Star Wars - The last Jedi, pasti pernah melihat babak kylo ren tidak berpakaian dari atas hingga ke pinggang. Namun ianya menajdi viral dan trending #kylorenchallenge setelah John Mayer mengambil gambar seakan - akan kylo ren. Ianya kemudian menjadi ikutan artis artis barat sebagai bahan jenaka di twitter.
Antara perkara yang masih trending dan tular dan semakin menjadi - jadi ialah aplikasi tiktok, bingo dan pelbagai lagi. Mari kongsikan perkara viral pada tahun 2018 yang masih anda ingat. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku lagi tak faham No.7 apa yang challenge nyer memang dah perangai mamat2 sado ni suka tayang body.. |
|
|
|
|
|
|
|
I dengar yanny.
N no.6 is creepy |
|
|
|
|
|
|
|
at first I pun x phm..tgk kasut n suar yg bdiri tu pompuan..
rupenya yg dduk tu laki pompuan tu pluk
|
|
|
|
|
|
|
|
no 6 tu memang jantan tu pakai menyerupai pompuan..
logik akal la takkan leher si jantan tu leh berlekuk "S" time peluk ngan pompuan tu..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Harap 2019 nanti kurang ler yang buat perkara mereng macam tahun ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|