Masih ingat dengan pelakon cantik manis dan bersuara lunak-lunak manja dalam drama Manjalara yang pernah popular suatu masa dulu? Emelda Rosmila atau lebih suka membahasakan dirinya sebagai Mel, kini aktif dalam perusahaan seni reka fesyen dan mempunyai label jenamanya sendiri iaitu Emeldarose.
Sumber foto: carian Google
Walau demikian, Mel masih melibatkan diri dalam pentas lakonan meskipun tidak lagi seaktif dulu sejak mendirikan rumah tangga pada 2009 dengan pelakon dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli iaitu anak lelaki kepada seniman Allahyarham A. R Tompel dan seniwati Ruminah Sidek.
Sumber foto: carian Google
Mel dan Adlin mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Edra Rafael yang kini berusia 7 tahun.
Sumber foto: IG
Baru-baru ini, Mel ada memuat naik sekeping foto di instagram.
Foto itu mengundang pertanyaan di kalangan netizen kerana Mel nampak berbeza dengan dirinya yang dahulu. Kalau ada walau sedikit pun perubahan pada diri artis, biasanya peminatlah yang akan perasan terlebih dahulu.
Walaupun ada peminat yang memuji penampilannya itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa wajahnya berubah.
Persoalannya, betulkah Mel melakukan pembedahan pada hidung? Atau ia hanya kesan mekap sahaja?
Mel memang nampak kurus berbanding dahulu. Jika anda masih ingat, dahulu bentuk wajah Mel sedikit tembam tetapi comel. Kini, wajahnya tampak lebih tirus.
Jom lihat foto-foto terkini Emelda Rosemila.
Sumber foto: IG Emelda Rosemila
Apa-apapun, hanya tuan badan yang tahu jawapannya. Yang penting Emelda Rosemila tetap cantik dan anggun! Anda rasa bagaimana? - CARI
|