Seperti yang diketahui umum, episod terbaru siri realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian telah menayangkan reaksi keluarga itu ketika mereka mendengar berita bahawa Tristan Thompson, teman lelaki Khloe Kardashian, telah curang dengan wanita lain sejurus sebelum Khloe melahirkan anak mereka, True.
Kredit foto: Girlfriend Magazine
Dalam episod itu, Khloe dilihat telah memaafkan dan menerima semula Tristan. Keputusan Khloe ini tidak diterima baik oleh kebanyakannya peminatnya, dan mereka telah menyuarakan pendapat mereka di laman sosial. Mereka berpendapat, kerana perbuatan kejinya Tristan tidak sepatutnya dibawa masuk ke wad bersalin ketika Khloe bertarung nyawa melahirkan True. Menyedari tindakannya memaafkan Tristan dikecam hebat, Khloe telah berkongsi sebab beliau memaafkan Tristan.
Kredit foto: Hollywood Life
‘Walaupun menyedari tindak-tanduk Tristan, saya menyedari bahawa momen berharga di wad bersalin itu adalah milik anak saya (True) dan saya tidak akan mendenda anak saya atas tindakan ayahnya. Tristan adalah ayah kepada True dan mereka berdua berhak untuk saling menyayangi’ kata Khloe membalas komen-komen peminat di Twitternya.
Kredit foto: Twitter
Apabila didesak peminat kenapa beliau tidak meninggalkan Tristan atas kecurangannya? Jawab Khloe berfalsafah ‘Dalam hidup ini, kita sentiasa membuat kesilapan, ada yang besar atau kecil. Kesilapan Tristan memang memalukan dan mengecewakan tetapi saya tabah untuk menanggungnya, saya memilih untuk menjadikannya pengajaran dan berharap Tristan sudah betul-betul berubah kerana dia ayah yang penyayang untuk True’.
Menjawab lebih lanjut, apakah beliau akan memaafkan jika Tristan mengulangi perbuatannya? Khloe berkata ‘Jika Tristan buat sekali lagi, saya akan buat pilihan saya sendiri, baik atau buruk, saya tidak takut hidup sendirian’.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan netizen yang berkata ini adalah karma terhadap Khloe kerana sewaktu Tristan dan Khloe mula-mula bercinta, Tristan telah meninggalkan teman wanitanya Jordan Craig yang sedang sarat mengandungkan anaknya demi Khloe. Walau bagaimanapun, tuduhan ini juga dinafikan oleh bintang realiti itu.
Kredit foto: ngr.ng
Namun ada juga yang menyokong tindakan Khloe. Seorang netizen memuji kematangan Khloe kerana membenarkan Tristan masuk ke wad bersalin . Khloe bagaimanapun mengaku dia ada ‘melakukan sesuatu yang tidak matang kepada Tristan’ ketika pertama kali mendengar berita kecurangannya .
Kredit foto: Twitter
Semoga Khloe berbahagia dengan pilihannya kan. -CARI |