View: 2000|Reply: 8
|
Demam, Satu Nikmat Yang Besar
[Copy link]
|
|
Penyakit demam ini tidak asing lagi sebagai manusia ianya seolah-olah menjadi satu penyakit yang wajib setiap manusia mengalaminya. Berbagai-bagai jenis demam yang dikategorikan oleh para saintis.
Antaranya, demam panas dan demam denggi. Namun sejauh manakah pengetahuan kita terhadap penyakit tersebut? Demam merupakan satu penyakit yang terjadi apabila antibody yang sedia ada tak mampu lawan virus yang datang.
Oleh itu,darah putih menghasilkan lebihan antibody untuk lawan virus tersebut supaya badan kembali sihat.Perkara ini terjadi apabila individu tersebut mengabaikan terhadap perkara rutin seharian. Contohnya,tidak membasuh tangan sebelum makan, tidak mencuci bahan-bahan sebelum memasak dan bermain tempat-tempat yang kurang bersih.
Namun penyakit demam ini juga disebabkan oleh jangkitan kuman dari masyarakat sekeliling.
Melihat dari sudut pandangan Islam, demam ini merupakan satu nikmat yang besar terhadap yang Allah berikan. Hal ini kerana, banyak sudut positif yang boleh kita ambil terhadap penyakit demam tersebut. Di mana kita diuji oleh Allah maka di situ kita sedang dipandang oleh sang pencipta.
Dalam masa yang sama juga, demam ini adalah satu ujian ataupun dugaan untuk kita hadapi dalam menjalankan rutin harian. Hal ini kerana, ganjaran bagi orang yang sedang diuji itu Allah akan mengangkat darjatnya. Namun apakah nikmat paling besar ketika penyakit demam itu berlaku?
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Sesungguhnya Rasulullah pernah menziarahi orang sakit. Baginda lalu bersabda: Bergembiralah, Sesungguhnya Allah berfirman: (Demam) ini adalah api-ku yang aku timpakan kepada hambaku yang beriman di dunia agar menjadi penawar baginya untuk api neraka di hari kiamat.
Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan al-Bayhaqi dalam Syuab-Al Iman
Jelaslah bahawa, antara nikmat yang paling besar iaitu ianya merupakan penawar di hari kiamat kelak. Para ulama memberi tafsiran, sesiapa yang demam di dunia maka ringan azabnya di akhirat kelak. Namun ada segelintar umat Islam ada yang berpeluh sehingga tenggelam dirinya dengan peluh dirinya sendiri.
Hal ini kerana,di dunia, mereka langsung tidak berkeringat mengerjakan ibadah Allah malah bersenang lenang seolah-olah dunia ini tempat yang kekal. Sesiapa yang berpeluh dan bersusah-payah sehinggakan penyakit demam ditimpa olehnya maka dia akan peroleh kesenangan dan ianya menjadi penawar baginya.
Imam Ghazali di dalam kitabnya iaitu Ihya Ulumuddin, beliau berkata, sesiapa yang tidak berpeluh ketika di dunia maka dia akan berpeluh di akhirat. Bergembiralah kata Allah kepada sesiapa yang menimpa penyakit demam kerana ianya penawar di akhirat kelak.
Foto Carian internet
Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ubai bin Kaab, apabila beliau mendengar fadhilat hadis berkenaan beliau berasa sungguh teruja. Maka beliau pulang, dan meminta agar demam hari-hari.
Beliau berdoa "Ya Allah, Sesungguhnya penyakit demam itu penawar maka dengan itu Ya Allah kau timpakan aku penyakit demam ini dan tapi jangan sesekali asbab penyakit ini aku lalai dalam ibadah."
Demikianlah doa seorang para sahabat ketika mendengar fadhilat hadis ini. Kemudian itu, ketika sahabat yang lain ingin berjabat tangan dengan Ubai Bin Kaab maka terasa bahang kepanasan di tapak tangan akibat penyakit demam.
Kesimpulanya, penyakit demam satu ibrah dan pengajaran supaya kita mengambil iktibar bahwa kita hanya seorang hamba. Dialah yang menciptakan alam dan Dia jualah yang mentadbiran mengikut aturan mengikut kehendaknya.
Kita sebagai manusia haruslah bersyukur terhadap nikmat mahupun ujian Allah beri. Percayalah setiap kesenangan pasti ada kesusahan dan setiap kesusahan pasti ada kesenangan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for the article.
Tp mcm slh bod je |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta kepada ALLAH sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan garlic banyak, dlm masakan bubuh garlic, makan buah2 Dan sayur hari2. Selesema kurang menjengah |
|
|
|
|
|
|
|
Meiizu replied at 19-12-2018 08:21 PM
Cinta kepada ALLAH sis
Baiklah.
Dgn penuh tawaduk sis menerima. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat cuti mc sebab demam kira nikmat juga tu kan. gituu
tapi iols kalau demam kadang2 tu sekali dengan sakit kepala kuat, batuk, selsema. letih sikit lah kena ulang alik ke toilet nak buang kahak hingus semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau demam cinta ini baru bod yang betul cik tt
btw thanks for the info |
|
|
|
|
|
|
|
ayah ku ckp dmam terjadi bila kita di datangi perempuan berselubung hitam
xthu ayah bergurau ke apa.....lupa nk tnya...ms ayah ckp, sis kecik lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Demam atau sakit.. penghapus dosa2 kecil. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|