CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1224|Reply: 4

"Jangan Sampai Lompat Parti Jadi Trend" - Bung Mokhtar

[Copy link]
Post time 21-12-2018 12:34 PM | Show all posts |Read mode
"Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat."



Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang anti-lompat parti susulan tindakan wakil rakyat melompat parti beramai-ramai, lapor BERNAMA.




Kredit foto: The Sun Daily




Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, tindakan berkenaan disifatkan mengelirukan rakyat yang memilih mereka. Maka, langkah mewujudkan akta berkenaan perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.

"Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain," katanya.


Bung yang baru dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, beliau akan setia bersama parti itu dalam usaha mengukuhkan kembali UMNO dengan nafas baharu.


Cadangan yang diutarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh itu turut mendapat sokongan Senator Datuk Lee Tian Sing turut menggesa kerajaan agar menggubal akta berkenaan.


Prof Madya Dr Faisal S. Hazis, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu keluar parti beramai-ramai adalah normal dalam proses peralihan kuasa.


Walaupun akta anti-lompat parti diperlukan bagi mendisplinkan ahli politik, namun ia perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm Son Goku versi aging
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 02:05 PM | Show all posts
Atata replied at 21-12-2018 12:38 PM
Dah mcm Son Goku versi aging

son goku kt muka tiada lemak badan berotot, ni versi goku bawah ketiak bini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 03:16 PM | Show all posts
semua MP kena offer masuk oleh Tun....kasian pula aku tengok Bung ni...tun tak offer kah???
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak lebih suka kalau bung ni yang berhenti dari jadi wakil rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.041799 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list