"akatan Harapan (PH) masih kukuh dan utuh dan kami sentiasa berbincang dalam Majlis Presiden."
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan wujud konflik dalam Pakatan Harapan (PH).
Menurut Presiden Parti Amanah Negara itu, setiap orang memiliki pandangan berbeza, lapor Astro AWANI.
Kredit foto: Berita Harian
"arti Amanah Negara tidak perlu mengeluarkan apa apa kenyataan dan mengeluarkan kenyataan itu perkara biasa dalam politik," ujarnya
Bagaimanapun, Mohammad Sabu menegaskan perpaduan dan permufakatan antara masyarat haruslah diperlihara.
"Kita boleh dikritik, ditegur, tetapi elakkan fitnah antara satu sama lain.
"Ini supaya orang Melayu, Cina dan India hidup aman dan sempurna.
"Kalau kita lihat peperangan yang berlaku di Somalia, kita seharusnya menjadikannya sebagai tauladan.
"antang larang antara kaum dan agama haruslah dijaga supaya tidak menyentuh mana mana sensitiviti antara satu sama lain," katanya.
Menurut laporan, Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menyeru pemimpin PH supaya tidak membuat sebarang kritikan mahupun serangan terhadap pemimpin lain dalam gabungan itu sebelum berbincang dengan parti masing-masing. - CARI |