CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4907|Reply: 34

"Insyaallah Kita Ketemu Di Syurga" - Tribute Hiba Ifan Seventeen Buat

[Copy link]
Post time 26-12-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Bencana  Tsunami yang berlaku pada hari Sabtu 22/12/2018 turut mengorbankan  3 anggota band Seventeen iaitu, Bani,Herman, dan Andi. Hanya Ifan iaitu Vokalis dari band Seventeen yang terselamat. Isteri Ifan, Dylan  Sahara, manager Seventeen dan beberapa artis lain juga antara mangsa yang terkorban ketika berlakunya Tsunami yang berpunca dari letusan gunung berapi Anak Krakatau.








Melalui akaun Instagramnya, Ifan menitiskan airmata saat memaklumkan Bani Seventeen telah meninggal dan Herman, Andi dan isterinya masih tidak diketemukan. Dia juga meminta mendoakan agar mereka diketemukan dalam keadaan selamat.


"Minta doanya agar istri saya @dylan_sahara , trus mas @hermanseventeen @andi_seventeen sama @uje17_rukmanarustam cepet ktmu dalam keadaan selamat sehat walafiat. Minta ikhlas nya buat orang2 tersayang mas @baniseventeen dan mas @oki_wijaya"



  



Pada ketika itu, ada ura-ura mengatakan isteri Ifan terselamat tetapi keberadaannya masih belum dikenalpasti.  




Pada hari berikutnya, jasad Herman diketemui. Melalui instagram Ifan Seventeen, beliau telah menggambarkan yang Herman Seventeen telah tiada. "Selamat jalan ko Eman @hermanseventeen , husnul khotimah. Temen2 semua maafin semua salah mas Herman ya, mohon diikhlaskan dan dkirimi doa buat almarhum."


Sumber dari Instagram @ifanseventeen





Dengan penuh rasa pilu Ifan menyatakan  tidak dapat menghantar teman sepejuangannya hingga keakhirnya kerana perlu mencari Andi Seventeen dan Dylan iaitu isterinya yang masih belum ditemui.



Sumber dari Instagram @ifanseventeen








Diikuti hari berikutnya Andi diketemui dan  pada malam kelmarin  isterinya juga telah dikenal pasti.


Segala berita tersebut telah diupdate oleh Ifan sendiri.


  




Sumber dari Instagram @ifanseventeen





Ifan juga membuat tribute dan mengungkap rasanya dengan penuh hiba terhadap anggota band yang terkorban termasuklah sang isteri yang paling dicintainya. Beliau juga memohon segala kemaafan, mewakili anggota band dan isterinya...




Sumber dari Instagram @ifanseventeen




Antara gambar dimuat naik Ifan yang mengingatkannya kepada isterinya Dylan Sahara dan ahli Seventeen yang lain iaitu Andi, Bani dan Herman.


  



Story di Instagram @ifanseventeen



Peminat dan rakan artis turut berasa dukacita dan mengucapkan takziah dan memberi komen dengan kata-kata semangat dan positif kepada Ifan. Kebanyakannya mendoakan agar Ifan kuat dan tabah menghadapi cubaan ini.



Bukan itu sahaja ,

Ada juga yang mengaitkan lirik  lagu Kemarin yang dicipta oleh Almarhum Herman Seventeen  adalah menggambarkan keadaan band Seventeensetelah Tsunami di Banten dan Lampung. Antara yang menyedarinya adalah, selebriti indonesia iaituAnji Manji dan isteri kepada Herman.









Takziah diucapkan kepada warga Indonesia atas kejadian Tsunami di Selat Sunda. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan menempuhi cubaan ini. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 11:13 AM | Show all posts
cantik bener istrinya itu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:20 AM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian dia tinggal sorang je anggota band lain dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih....moga roh mereka dirahmati tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Sedih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2018 11:44 AM | Show all posts
lagu kemarin memang macam menggambarkan ape yang jadi sekarang. sedihhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 12:17 PM | Show all posts
aduh, kesian dia sebab tinggal dia sorang je yang tak dijemput ilahi..lagi bertambah pilu..

takziah buat ifan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 01:22 PM | Show all posts
Al-fatihah kepada mangsa korban
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 02:20 PM | Show all posts
Alfatihah.. must be hard for him.. besar ujian tuk dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 02:35 PM | Show all posts
takziah..
dlm sedih msh mmpu hapdet..
klau mek, mau meraung dah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 02:36 PM | Show all posts
innalillahi wainna ilaihi rojiun....sedih plak ble bc lirik kemarin...mmg btul2 menggambarkn ape yg ifan tu lalui skrg
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
miemiecha replied at 26-12-2018 02:35 PM
takziah..
dlm sedih msh mmpu hapdet..
klau mek, mau meraung dah..

Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info semua band members dah takde and wife dia pun dah takde. Jadi peminat2 tak tertanya2. Lagipun boleh suruh followers sedekah Al-fatihah utk members and isteri dia sendiri.. walaupun tak sanggup nak update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2018 03:38 PM | Show all posts
Edited by NmeeraR at 26-12-2018 03:39 PM
friedfishsoup replied at 26-12-2018 03:14 PM
Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info se ...

Betul tu. Seolah-olah dia rasa dia bertanggungjawab untuk menyampai berita sbb yg tiada tu kawan baik satu seventeen dan juga isterinya..  Sbb ada stgh org tak mampu ....Nampak Ifan seorang yg kuat , sbb dia sendiri yg memaklumkan  kehilangan 3 anggota groupnya dan isterinya. Moga Ifan terus kuat dengan cubaan ini. Camtu jugak dengan mangsa lain. Takziah untuk warga Indonesia yg terjejas. Moga mereka yang kehilangan keluarga & tempat tinggal terus cekal dan kuat menghadapi cubaan ini.
Al-Fatihah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 04:21 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun.
Salam takziah buat Ifan
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 04:28 PM | Show all posts
friedfishsoup replied at 26-12-2018 03:14 PM
Dia harus update.
Sebab dia the only surviving member of seventeen band tu. Dia kena beri info se ...

sbb tu mek bandingkan dia ngan mek..

klau mek, mau meraung je dah.. x mmpu dah nk buat pape..
kawan2 hilang..
isteri hilang..
klau mek, mmg mek x mmpu dah nk pikir pape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah..sedih nye moga terus tabah lalui hidup ini
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah Ifan! Allah Maha Mengetahui!
Kat ig dorang, penuh jugak makcik pakcik bawangs...
Doakan je utk mereka yg dah pergi. Depa semua kan mencari rezeki masa tu.... Sampai hal lama pun terbongkar...walhal dah bertahun berlalu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Hilang sorang pun dah tak tergambar dengan kata2 inikan pula hilang isteri dan sahabat sekaligus camni. Salam takziah buat mas Ifan. Semoga tabah dengan ujian ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 12:41 PM | Show all posts
ifan sgt kuat...iols slalu jgk tgk ig die sejak tsunami ni...latest ade 1 pic n caption dgn wife die.... ifan ckp fon die n wife die hilang sbb tsunami...so dh xbyk pic die dgn wife die...dulu die tiap kali wife ajak selfie byk2,,die mcm xsuke...skrg baru die terfikir....tp sayangnye fon diorg pun dh hlang...so die mtk sape2 yg ade simpan pic die dgn wife die..blh sent personel kt die....

klau tgk ig ifan n group seventenn yg lain ni...diorg ni sdang menyiapkan diri dgn akhirat...mcm ifan sndiri pun,,byk join grup agama g sekolah pondok..belajar agama...tlg org2 susah.... yg lg 2 org grup seventeen tu,,anak kcik lagi..ade yg baru celebrate besday anak die bln lepas....

sedihnye la hai....kuat ujian ifan ni....kalau xkuat hadapi ni,blh mental down....mcm mane la die nak hadapi lepas ni....samaada die akn trus menyanyi or die akan stop ke?....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.134015 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list