CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 7

Universiti Harvard Disaman Amal Diskriminasi Ke Atas Pelajar Keturunan Asia

[Copy link]
Post time 27-12-2018 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan pelajar Amerika Syarikat berketurunan Asia (Asian-American) telah menyaman universiti terkemuka Harvard kerana didakwa mengamalkan diskriminasi ketika pemilihan kemasukan pelajar barunya.


Jabatan Kehakiman Amerika turut menyatakan sokongan kepada pelajar-pelajar yang menyaman universiti bertaraf Ivy League tersebut.




Kredit Foto: misk.org.sa




Menurut dokumen saman tersebut, Universiti Harvard didakwa secara sistematik telah mengamalkan satu sistem bias terhadap pelajar Asian-American untuk memberi kelebihan kepada kaum lain yang kurang layak ketika pemilihan pelajar baru.



Kredit Foto: KPCC




Harvard dikatakan memperkenalkan beberapa kriteria baru yang abstrak dan subjektif seperti ‘personal rating’, ‘good person’, ‘widely respected’ dan ‘likeability’ untuk mengimbangi kriteria berdasarkan merit seperti markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum.


Harvard dikatakan sengaja memberikan markah rendah kepada pelajar Asian-American untuk kriteria baru ini untuk memberi kelebihan kepada pelajar kaum lain. Ini memandangkan markah peperiksaan dan pencapaian kurikulum pelajar Asian-American sangat tinggi dan tanpa kriteria baru ini, pelajar Asian-American akan memonopoli kemasukan ke Harvard.




Kredit Foto: Forloveofgodandcountry's Blog




Menurut sebuah kajian dijalankan Universiti Princeton, pelajar Asian-American secara purata dipotong 50 mata daripada sistem ini dan pelajar kulit hitam mendapat +230 mata tambahan, golongan atlit (+200), Hispanik (+185), dan legasi yang mana pemohon mempunyai  ibu bapa alumni (+160) .




Kredit Foto: commons.wikimedia.org




Persaingan untuk kemasukan ke Harvard sangat sengit dan setiap tahun hanya 4.6% pemohon akan diterima. Kajian dalaman Harvard pada tahun 2013 menunjukkan terdapatnya unsur bias terhadap kemasukan pelajar Asian-American, tetapi tidak mengumumkan sebarang tindakan susulan.


Dokumen itu juga mendapati Harvard berbuat demikian kerana cuba menetapkan kuota (Sistem Afirmatif) untuk memberi peluang kepada pelajar keturunan kulit putih, African-American dan Hispanik.




Kredit Foto: New York Times




Menjawab saman tersebut itu, Harvard  memberitahu New York Times bahawa berdasarkan kes saman sebelumnya yang diputuskan pada tahun 2016, mereka telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Agung (Supreme Court) untuk mengamalkan Sistem Afirmatif yang mana suku-kaum boleh digunakan sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan pelajar.

"Analisa kami mendapati tidak ada diskriminasi terancang terhadap Asian-American, malah kemasukan mereka telah meningkat 29% berbanding 10 tahun lalu," dakwa Harvard.




Kredit Foto:You Offend Me You Offend My Family  




Kedua-dua pihak menfailkan saman di mahkamah dan jika kes ini berlanjutan sehingga ke Mahkamah Agung, pengambilan pelajar berdasarkan kuota (Sistem Afirmatif) yang telah diamalkan oleh semua universiti di Amerika Syarikat selama berpuluh tahun akan dibicarakan sekali lagi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2018 10:52 AM | Show all posts
Belajarlah dgn Msia, letak kuota terus lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v replied at 27-12-2018 02:52 AM
Belajarlah dgn Msia, letak kuota terus lagi baik.

Letak kuota rahsia untuk cina macam di malaysia lagi baik ? Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku takkan kata nak masuk harvard mesti ada passion tahap paling tinggi dalam sesuatu bidang . Bukan kira markah saja.  Sebab sepet dungu yang dok menyalak sampai mahkamah tu pun harap kuota gak
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan kat Malaysia.
patutlah set set tu masih berkuntum kat Malaysia walaupun mulut berbuih mengata melayu racist
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergugat ke group lain sampai kan buat macam tu?! I pernah baca research yang ckp group minioriti Asian-American adalah paling ditakuti sebab dia orang rajin belajar Atau pun business ye lah nak ayah dtg jauh2 dari Philippine vietnam bagai of course Asian kids kena balas balik although Americans suka buat jokes pasal the Asian way semua tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2018 11:10 AM | Show all posts
Ok apa, dia orang ikut cara malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2018 11:27 AM | Show all posts
roses are red
violet are blue
there's always an asian
that is better than you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.059268 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list