|
Mangsa tsunami, Akhmad Khowarizmi atau Azmi, 10 menyelamatkan diri dari gelombang tsunami yang melanda pantai Carita menggunakan gitar milik kumpulan Seventeen.
Liputan6 melaporkan, Azmi dan keluarganya menyaksikan persembahan kumpulan tersebut pada hari kejadian.
Datuknya, Ashari, 64 berkata, keluarga tersebut berada di hadapan pentas dan tidak sempat melarikan diri.
Foto: www.nytimes.com
"Apabila tsunami melanda, mereka tidak sempat lari hingga mengakibatkan anak, menantu, kedua cucu dihanyutkan air"
"Semasa dihanyutkan gelombang, cucu saya sempat mengapai gitar itu untuk membuatkan dia terapung."
"Cucu perempuan, Farzana Arfa Fahira atau Arfa, 7, juga terselamat kerana dilindungi oleh permaidani pentas."
Menantunya, Akhmad Diyak, berjaya menjadikan dahan pokok sebagai pelampung.
Bagaimanapun anak perempuan tunggalnya terkorban, Ninil Ukhita Anggra Wardani dan ditemui pada 23 Disember di sekitar Tanjung Lesung.
Walaupun sedih, Ashari berkata dia perlu cekal agar cucunya kuat untuk meneruskan hidup.
"Apabila mereka bersama saya, mereka tenang, tetapi ketika mereka bersendirian, kadang-kadang mereka menangis. Biasanya cucu akan memeluk ibu mereka ketika pulang dari kerja tetapi kini tidak lagi." -CARI |
|