Setelah lama bersara dari bidang lakonan, akhirnya Abby Abadi atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 41 mengesahkan akan menggalas kembali watak Inspektor Aleza dalam drama kepolisan Gerak Khas bagi musim terbaru 2019. Kali terakhir Abby berlakon drama tersebut ialah pada tahun 2011.
Berita itu dimuat naik menerusi laman Instagramnya beserta gambarnya yang sedang diukur saiz badan bagi uniform drama tersebut. Abby juga menyatakan yang dia akan memasuki lokasi penggambaran pada Januari 2019, maka terpaksalah penonton melihat polis gemuk kerana tidak sempat kurus.
 Kredit foto: IG
"Sebenarnya, selepas raya tempoh hari Datuk Yusof Haslam dah beberapa kali bercakap mengenai hal ini. Malah, Norman pun ada menyampaikan tawaran Datuk kepada saya. Bulan lalu, lepas Datuk bercakap sendiri dengan saya, saya terus okey. Tak ada istilah pujuk pun."
Menurut Abby, dia menerima tawaran tersebut kerana nampak watak Aleza tidak membebankannya. Jadi tiada salahnya dia menerima tawaran tersebut. Malahan dia sangat teruja untuk berlakon kembali namun memerlukan masa untuk memecahkan lemak-lemak ditubuhnya sebelum kembali pada saiz model seperti satu ketika dahulu.
 Kredit foto: IG
"Tunggu berat kurus dulu, baru saya terbang tangkap penjahat."
Abby juga menyatakan perlu membahagikan masa antara berlakon dan berniaga tetapi mengharapkan perjalanannya dipermudahkan.
 Kredit foto: Carian Internet
Jadi, bagaimana? Anda yang membesar dengan drama Gerak Khas ini pastinya tidak sabar-sabar menyaksikan Inspektor Aleza beraksi kan? - CARI |