View: 5436|Reply: 14
|
Zamani Hidap Skoliosis. Jangan Ambil Mudah, Anda Juga Mungkin Salah Seorang Peng
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini kecoh apabila Zamani mengeluarkan kenyataan tentang penyakit yang dihidapinya iaitu penyakit Skoliosis sehingga menyukarkan dia untuk membuat persembahan. Namun, tak ramai yang betul-betul tahu apa itu Skoliosis.
Kredit foto : bm.therakyatpost.com
Anda mungkin nampak sihat pada luaran, tetapi rupa-rupanya tulang belakang anda dalam kondisi yang merunsingkan.
APA ITU SKOLIOSIS?
Skoliosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan pembengkokan tulang belakang. Penghidap Skoliosis akan mengalami tulang belakang berbentuk S atau C.
Kredit foto : medicine.ne
Skoliosis lebih senang terjadi pada golongan wanita berbanding lelaki. Sebanyak 2% golongan wanita merupakan penghidap Skoliosis manakala golongan lelaki hanya 0.5% sahaja. Biasanya ia dikesan semasa umur 10 tahun ke atas. Skoliosis boleh diwarisi daripada ibu atau ayah yang juga penghidap Skoliosis.
Punca penyakit ini biasanya tidak diketahui (idiophatic).
Jenis-jenis Skoliosis terbahagi mengikut umur pesakit ketika disahkan menghidap Skoliosis.
1. INFANTILE IDIOPHATIC SCOLIOSIS
Bagi pesakit yang berusia kurang dari tiga tahun.
2. JUVENILE IDIOPHATIC SCOLIOSIS
Bagi pesakit berusia 3-10 tahun.
3. ADOLESCENT IDIOPHATIC SCOLIOSIS
Bagi pesakit yang berusia 10 tahun ke atas.
ANTARA PUNCA SKOLIOSIS :
Walaupun 80% daripada pesakit Skoliosis menghidap idiophatic scoliosis, di mana punca penyakit tidak diketahui, namun terdapat beberapa punca lain yang boleh mengakibatkan Skoliosis terjadi seperti berikut:
- Kaki pendek sebelah
- Pesakit Celebral Palsy
- Pembentukan tulang yang tidak sempurna sejak lahir
- Pesakit Arthritis
- Penghidap Osteoporosis
- Ketumbuhan pada tulang belakang
SIMPTOM PENYAKIT SKOLIOSIS
Simptom yang dialami oleh pesakit Skoliosis mungkin berbeza-beza mengikut keadaan tulang belakang masing-masing.
- Baju tidak muat sedangkan berat badan masih sama
- Lengkuk di pinggang kelihatan tidak sekata atau seimbang
- Kaki seluar lebih panjang di satu sisi
- Kepala kelihatan senget sedikit dan tidak simetri
- Bahu atau sebelah sisi pinggang lebih tinggi dari yang sebelah
- Sakit dada dan sukar bernafas (kes yang teruk)
- Sakit belakang, tengkuk, abdomen dan tulang rusuk
BOLEHKAH SKOLIOSIS DIRAWAT?
Kredit foto : medicine.net
Malangnya, tulang belakang yang telah bengkok tidak boleh dipulihkan kembali melainkan dengan cara pembedahan. Namun, pembedahan hanya disarankan untuk tulang belakang yang membengkok melebihi 40 darjah sahaja.
Bagi yang kurang dari 40 darjah, disarankan untuk memakai alat sokongan pada badan untuk mencegah pembengkokan daripada terus berlaku.
Kredit foto : medicine.net
SKOLIOSIS menyerang dalam diam. Kebiasaannya pesakit hanya tahu apabila penyakit itu sudah berada di tahap yang teruk. Dapatkan pemeriksaan jika anda mempunyai simptom-simptom SKOLIOSIS sekarang! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kenalan rapat aku umur lewat 20an kena skoliosis ni. Doc xray tulang belakang dia bentuk s. Kena operate. Kos operation hospital kerajaan dlm 18k-20k++. Start perasan dia sakit bila dia berjalan badan senget, macam kaki pendek sebelah. Lepas tu, bila solat time rukuk, dia macam ada bonggol sbb tulang belakang naik.
Punca dia, kurang zat vitamin. Member aku ni makan memilih gila. Makan nasi dengan ayam je hari2. Nasi pun kalau letak satu senduk, belum tentu habis. Suka tinggal baki makanan dlm pinggan. Ikan sayur daging semua tak nak ambik. Kekacang lagi la tak sentuh. Dia paling suka makan jajan.
Kesimpulannya, ambik la makanan yang seimbang untuk elak penyakit. Badan pun sihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Munah pun dr sahkan ada scolisos. Mslhnya bila munah jmpa therapist, dia kat ni bkn scolisis. Ptt ke munah pg bt x ray lg skali? Skt blkg munah mkin kronik skrg. Nk duduk bsila stgh jam pn munah x mampu |
|
|
|
|
|
|
|
munahminah replied at 28-12-2018 11:37 PM
Munah pun dr sahkan ada scolisos. Mslhnya bila munah jmpa therapist, dia kat ni bkn scolisis. Ptt ke ...
Sakit blkg mungkin sbb slip disc. Try buat mri |
|
|
|
|
|
|
|
Mama3 replied at 29-12-2018 01:31 AM
Sakit blkg mungkin sbb slip disc. Try buat mri
Tq mama. Mri tu skt x ye, mcm takut gk nk bt |
|
|
|
|
|
|
|
Try le rawatan chiro. Bukan magic terus baik. Dia dia akan betulkan posture sedikit demi sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 30-12-2018 12:04 AM
Try le rawatan chiro. Bukan magic terus baik. Dia dia akan betulkan posture sedikit demi sedikit.
Mahal tak ek nak bt chiro?and sis mana lg ok,chiro or acupunture?kdg2 rasa mcm sakit kt bhg pinggang ni...n bila urut bhg kaki,terasa sgt urat tegang...huhu..tgh cri alternatif utk bantu sakit.. |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 1-1-2019 04:11 PM
Mahal tak ek nak bt chiro?and sis mana lg ok,chiro or acupunture?kdg2 rasa mcm sakit kt bhg pingga ...
Saya punya dalam rm130++ ke rm330++ sekali treatment. Tapi bukan scolio.
Dia tahu pasal otot dan tulang. So far mmg pergi ke chiro.
Kalau cucuk accupuncture tulang dan posture tak betul mungkin temporary relief je. Mcm mana tulang or muscle tak betul nak dirawat dgn accupuncture? Lagipun i takutlah. Depa ni pakai jarum. Certain places depa recyle. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 1-1-2019 04:35 PM
Saya punya dalam rm130++ ke rm330++ sekali treatment. Tapi bukan scolio.
Dia tahu pasal otot d ...
Awk bt ktne chiro tu?nak cari y betul2 bertauliah..tkt nti kne scam..hehe..naya aje nti |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 1-1-2019 06:25 PM
Awk bt ktne chiro tu?nak cari y betul2 bertauliah..tkt nti kne scam..hehe..naya aje nti
Ge mall spine joint. Sama centre ngan bosned noradanish |
|
|
|
|
|
|
|
munahminah replied at 29-12-2018 10:47 PM
Tq mama. Mri tu skt x ye, mcm takut gk nk bt
X sakit apa langsung pun cuma agak ngeri la sbb macam masuk terowong kecik gitu. Start masuk sila pejam mata sampai habis. Kalau tak rasa mcm lemas sbb sempit sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam famili ai, yang ade skoliosis ai, my sister and my mom. Rasanya keturunan dari belah my mom sebab arwah grandma ai mmg skoliosis and my sorang cousin perempuan pon.
My sister kena operate untuk letak besi kat tulang belakang die sebab die punya angle more than 50 degree. Buat dekat PPUM dengan kos +-RM20k.
Alhamdulillah, kebengkokan ai kurang so takyah buat operation. Cuma akan rasa sakit lengguh2 kat bahu. Kebanyakan skoliosis nie perempuan. So, ai teramat2 risau my daughter pon ade.
Kami nie mmg cepat penat sbb tulang belakang abnormal and die akan himpit sikit organ2 dalaman. That is why kalo suruh lari ke sukan ke mmg cepat sangat penat. Nak tarik napas panjang2 pon susah. |
|
|
|
|
|
|
|
gadis_tulip replied at 11-1-2019 09:30 AM
Dalam famili ai, yang ade skoliosis ai, my sister and my mom. Rasanya keturunan dari belah my mom se ...
Samalah dgn munah. Bt apapun penat. Lipat kain kena sambil bdiri nnt lenguh pinggang, msk lma2 pn x blh nnt pgg lenguh. Tp org ckp kter ni pemalas lak. Org xtau mslh kte. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye la. Even naik tangga nie pon penat. Husband ai pon bebel2, kata suruh buat senaman sikit turun naik tangga. Tapi org tak kena nie tak faham.
Ai tahu ai ade skoliosis pon masa buat x ray nak masuk uni. Lepas spm cam tue. Patut la masa sekolah dulu, setiap kali nak masuk pertandingan kawad mesti org kata lengan tak sama kiri kanan. maksudnya tinggi masa kite 'kiri kanan kiri kanan'. Terus tak qualified. Hampeh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|