"Contoh kewartawanan yang malas dan tidak kreatif."
Alamak, wartawan mana yang dah buat Rhys William marah ni?
Kredit foto: IG Rhys
Menerusi Twitter bintang Youtube dari United Kingdom, Rhys William meluahkan kekesalannya terhadap sebuah portal hiburan yang telah menggunakannya namanya tanpa kebenaran dalam sebuah artikel berbayar untuk iklan Costa Coffee.
Bukan saja tidak mendapatkan kebenaran untuk menggunakan namanya, malah Rhys juga tidak mendapat sebarang bayaran.
Sekurang-kurangnya, belanjalah kopi satu...
Luahannya itu mendapat perhatian netizen yang turut mempersoalkan tindakan penulis terbabit memetik nama Rhys dan Mat Dan dalam artikel iklan berkenaan.
"Buat iklan pelanggan, tapi seret nama orang lain"
Ekoran itu, beberapa pengguna Twitter menasihati Rhys supaya melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Kredit foto: Twitter
Alahai, kesian Rhys. Apa kata Costa Coffee belanja Rhys secawan kopi untuk meredakan rasa kesalnya itu? - CARI |