Mungkin banyak pihak mengandaikan syarikat pengeluar telefon pintar gergasi Huawei akan mengharungi waktu-waktu sukar dengan penangkapan ketua pegawai kewangannya di Kanada.
Kredit foto: beat.10ztalk.com
Pun begitu, terdapat beberapa perniagaan tempatan yang mampu memberi sokongan terhadap syarikat berkenaan.
Kecoh baru-baru ini apabila sebuah syarikat teknologi di wilayah Zhejiang mengeluarkan notis memaklumkan pekerjanya mengenai satu polisi baru di mana mereka akan 'dihukum' sekiranya memiliki produk Apple.
Menurut laporan Shanghaiist, pekerja di syarikat Zhejiang Kangjiesi New Material Technology Co di bandar Zhuji bagaimanapun akan menerima ganjaran sekiranya mereka membeli produk Huawei.
Menerusi notis berkenaan, pekerja yang memiliki iPhone akan diharamkan daripada menerima kenaikan pangkat!
Kredit foto: Shanghaiist
Manakala, mereka yang membeli produk baru Huawei akan menerima rebat sebanyak 50 peratus bagi eksekutif, 25 peratus bagi pengurus dan 20 peratus bagi pekerja biasa.
Dalam temu bual bersama tabloid tempatan Global Times, salah seorang pengurus syarikat berkenaan berkata, "Sehingga kini, semua staf dari bahagian pengurusan telah bertukar kepada model telefon pintar Huawei bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama tempatan itu".
Difahamkan, pengurus berkenaan menegaskan bahawa tindakan itu adalah secara sukarela.
Dalam masa sama, seorang staf menganggarkan kira-kira separuh daripada 150 pekerja syarikat itu telah menukar jenama telefon pintar mereka kepada jenama Huawei.
"Ramai rakan sekerja kami sebelum ini menggunakan iPhone, tetapi kini mereka membeli telefon pintar baru dari Huawei,"katanya.
Kredit foto: Android Authority
Aduhai, kalau ada syarikat di Malaysia buat begini, mahu berlaku rusuhan! - CARI |